YADIM Kelantan lawat  keluarga ditimpa musibah

KOTA BHARU – Satu kejadian kemalangan yang berlaku kira kira dua bulan lepas mengakibatkan sebuah keluarga di Bechah Keranji di sini hilang punca pendapatan mereka. Lebih malang, empat beradik menjadi anak yatim apabila bapa mereka, Rostam Mamat maut dalam satu kemalangan ketika perjalanan pulang dari tempat kerjanya pada 4 Oktober. Kehilangan ketua keluarga yang juga […]

Musa’adah YADIM Negeri Melaka di Rembia

ALOR GAJAH – Program Musa’adah YADIM Negeri Melaka diteruskan untuk hari kedua pada 26 November. Sebanyak 10 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Program hari ini turut disertai oleh Timbalan Pengerusi Hijrah Insan Society, Syahbudin Senin, Pengerusi Angkatan Wanita Istiqamah, Rosela Alwi dan […]

100 set sumbangan untuk asnaf Beaufort

BEAUFORT – Sebanyak 100 set sumbangan diserahkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah untuk asnaf di daerah ini. Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki menyampaikan sumbangan tersebut kepada 10 orang Pengerusi Masjid untuk diserahkan kepada 100 orang asnaf terpilih di kariah masjid masing masing. Sumbangan bakul makanan pada 26 November di  Pusat Kawalan Operasi Bencana […]

Masjid, surau di Sabah dibuka bagi aktiviti solat jemaah

KOTA KINABALU – Aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau di semua zon di Sabah dibenarkan bermula 25 November hingga 6 Disember Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bagi zon jingga dan merah, solat lima waktu terhad kepada 30 jemaah manakala solat Jumaat hanya 40 jemaah. Bagi zon […]

150 keluarga asnaf bakal terima manfaat program YADIM Melaka

BUKIT PALAH – Seramai 150 keluarga bakal menerima manfaat sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka menerusi penganjuran Program Musa’adah Negeri Melaka. Program selama dua hari pada 25 dan 26 November itu akan diadakan di beberapa lokasi seperti Durian Tunggal, Kompleks Majlis Agama Islam Melaka, Serkam dan Alor Gajah. Ia dianjurkan dengan Kerjasama Pertubuhan Gerakan […]

Sukarelawan YADIM Raub bantu mangsa banjir Kampung Lepar

DONG – Prihatin dengan keadaan mangsa banjir di kawasan ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Raub tampil menghulurkan bantuan. Bersama pertubuhan badan bukan kerajaan Madinah Prihatin diketuaiUstaz Mohd Shahrizan Md Esadan wakil wakil komuniti, sebanyak empat rumah disantuni mereka di Kampung Lepar di sini pada 23 November. Lengkap dengan peralatan, mereka membantu membersihkan kediaman […]

Nelayan terima sumbangan YADIM Pulau Pinang

SEBERANG PERAI SELATAN – Seramai 80 keluarga nelayan di daerah ini menerima bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 22 November. Mereka yang dibantu ialah penduduk dari Sungai Acheh, Sungai Bakap dan Jawi. Rata rata penerima bantuan ialah mereka yang  terjejas akibat Covid-19 di negeri ini, selain tidak dapat turun ke laut akibat […]

Penubuhan Universiti Al Quran sedang dikaji dengan serius

KUALA LUMPUR – Cadangan menaik taraf Darul Quran milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Universiti Al-Quran disambut baik kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketika ini kerajaan sedang mengkaji dengan serius penubuhan Universiti Al-Quran tersebut. “Yang Berhormat Dungun mencadangkan agar kerajaan menaik taraf Darul […]

Sumbangan Bakul Makanan Kepada Pemandu Ambulan

KOTA KINABALU – Usaha menyantuni golongan petugas barisan hadapan di negeri ini diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah. Kali ini pada 23 November, sebanyak 50 penerima, yang terdiri daripada pemandu dan kakitangan pengurusan unit pemandu Hospital Queen Elizabeth di sini menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki. Mereka […]

WFH…Berkat Ke?

IMPAK pandemik Covid-19 bukan sesuatu yang ‘biasa-biasa’. Meskipun ia tidak mampu dilihat dengan mata kasar, namun kehadirannya bukan sahaja menjejaskan ekonomi Malaysia tetapi sebaliknya telah ‘menghuru-harakan’ seluruh dunia. Hebatnya kuasa Allah, kerdilnya manusia. Bagi Malaysia, setiap sektor terjejas, ramai kehilangan punca pendapatan, ramai juga seakan-akan seperti sudah putus harapan. Pelbagai norma baharu diperkenalkan termasuk bekerja […]