Kelantan benar solat Jumaat, fardu dengan jumlah terhad
KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat dan fardu serta aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri ini dilaksanakan secara terkawal, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu berkuat kuasa bermula 21 […]
Kembara Dakwah Ulu Tembeling Jemaah Masjid Al-Wusto Temerloh dan YADIM Pahang
TEMERLOH – Seramai 60 peserta menyertai program Kembara Dakwah ke Ulu Tembeling anjuran Masjid Al Wusto di sini dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 21 November. Program selama dua hari dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) ini bertujuan menyantuni komuniti orang asli di kawasan tersebut disamping menyampaikan mesej Islam dan dakwah kepada […]
Kongsi Rezeki YADIM Sarawak di Kuching
KUCHING – Hari yang baik, InsyaAllah bermula dengan pagi yang baik. Justeru bagi memulakan hari yang baik, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak cuba memberikan permulaan hari yang baik untuk golongan yang memerlukan. Inisiatif ini dilaksanakan menerusi program kongsi rezeki yang diadakan di sekitar bandaraya ini. Terbaharu pada 20 November, sebanyak 50 bungkus sarapan diedarkan […]
YADIM Peduli di Jitra
JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus bekerjasama dengan rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan Covid-19. Program mereka yang terkini dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia (BBM) Kedah pada 21 November diadakan di sekitar pekan ini. Menerusi inisiatif dalam program Bulan Dakwah 2020 ini, sebanyak 30 asnaf, kebanyakannya muallaf […]
Lebih Banyak Negeri Akan Mengharamkan Penjualan Arak- Ahmad Marzuk
KOTA BHARU – Kerajaan tidak menolak kemungkinan lebih banyak negeri lain mengikut jejak langkah Wilayah Persekutuan, untuk mengharamkan penjualan arak di kedai serbaneka dan runcit. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya menyambut baik keputusan diambil Kementerian Wilayah Persekutuan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah yang tepat. Menurut […]