Sasar raih RM10 juta untuk Tabung Musa’adah
Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Waqaf Malaysia menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM10 juta melalui Tabung Musa’adah Covid-19 2.0. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata, sasaran itu bertujuan membantu lebih banyak pihak yang terjejas akibat pandemik berkenaan. Menurutnya, sebelum ini Jakim berjaya mengumpul sebanyak RM4.8 […]
JAWI saran masjid, surau di KL dan Putrajaya buat solat hajat
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya, untuk melaksanakan solat hajat dan doa selamat, susulan penularan COVID-19. Pengarah JAWI Mohd Ajib Ismail berkata, solat hajat itu disaran diadakan selepas solat Maghrib selama tiga hari bermula esok serta selepas Solat Jumaat pada Jumaat ini, bertujuan memohon kepada Allah agar penularan pandemik ini dapat […]
100 bakul kasih PKP kepada komuniti Taman Melawati
GOMBAK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan Kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama’ (Geng Ustaz), telah menyampaikan sebanyak 100 bakul sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di sini. Sumbangan tersebut menerusi program YADIM Peduli: Musa’adah dan Misi Kebajikan PKP diadakan di Masjid Al Hidayah di Taman Melawati di sini dalam satu […]
Arab Saudi mula benarkan solat di Masjidil Haram
MAKKAH – Buat kali pertama selepas tujuh bulan, Arab Saudi membuka Masjidil Haram pada Ahad untuk ibadat solat selain memperluaskan ibadat umrah bagi menampung 15,000 jemaah susulan penurunan kes COVID-19 di negara itu. Warganegara dan penduduk di Arab Saudi yang memakai pelitup muka dibenarkan untuk bersolat di dalam Masjidil Haram dengan pelaksanaan langkah kesihatan yang […]