YADIM kendali sesi moral pelajar baharu UTM Skudai
JOHOR BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Sesi Moral Minggu Mesra Mahasiswa 2020 untuk pelajar kemasukan 2020/2021 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini. Sesi tersebut adalah untuk pelajar bukan Islam UTM, dijalankan secara dalam talian selama dua hari pada 11 dan 12 Oktober, dikendalikan oleh penceramah YADIM Johor, […]
Sidang antarabangsa ketengah penyelidikan mengenai pengurusan Islam
KUALA LUMPUR – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan World Academy of Islamic Management (WAIM) akan menganjurkan satu persidangan antarabangsa mengenai amalan pengurusan Islam yang diadakan secara maya pada 17-18 Oktober ini. Acara bertemakan ‘Integrating Conventional and Islamic Management for Sustainable Growth and Development’ (Penyepaduan Pengurusan Konvensional dan Islam Bagi Pertumbuhan dan Pembangunan Mampan) itu akan […]
Saudara baharu di Melaka disantuni
JASIN – Saudara baharu adalah antara golongan yang seharusnya selalu didekati untuk disantuni agar mereka tidak merasa tersisih. Justeru pada 11 Oktober, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka dengan kerjasama Perkim Melaka, Sahabat Amal Melaka dan MyFundAction telah mengadakan program Ziarah Mahabah Saudara Muslim di sekitar Merlimau di sini. Sebanyak 30 kotak rezeki (pek sumbangan) […]
YADIM Peduli di Kampung Padang Kandang
PADANG MAT SIRAT – Bertempat di Kampung Padang Kandang di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli. Bertujuan menyantuni mereka yang memerlukan, sebanyak 35 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada badan dakwah ini. Sebanyak 25 sumbangan diserahkan kepada mereka yang dikenalpasti di masjid Al Faha di sini. Mewakili YADIM […]
TNB serah 5 van jenazah kepada masjid, surau
KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan sumbangan lima van jenazah kepada masjid dan surau terpilih di Semenanjung bernilai hampir RM123,000 tahun ini bagi memenuhi tanggungjawab sosial syarikat itu kepada masyarakat. Sumbangan itu adalah manifestasi keprihatinan syarikat utiliti tersebut untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah masyarakat Islam di kawasan-kawasan yang memerlukan, selaras dengan amalan nilai-nilai […]
ATM kerah 1,140 anggota bantu redakan gelombang ke-3 COVID-19
KUALA LUMPUR – Seramai 1,140 anggota tentera dikerah membantu negara dan pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan rantaian penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19. Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataannya menyebut anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terbabit penugasan sekatan jalan raya serta […]
Tahsin ibadah pengurusan jenazah di Maahad Tahfiz Darul Amar
LANGKAWI – Bertempat di Maahad Tahfiz Darul Amar, Air Hangat di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 10 oktober telah mengadakan program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah. Wakil YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohamad telah bertindak selaku tenaga pengajar dalam acara ini. Pelajar didedahkan dengan aspek aspek pengurusan jenazah bermula dari mandi, kafan, solat […]
Pulau Pinang sambut baik penganjuran Bulan Dakwah YADIM
PERMATANG PAUH – Penganjuran Bulan Dakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), disambut baik negeri ini. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, selaras dengan usaha dakwah, pihaknya juga telah memperkenalkan konsep Khaira Ummah dalam pentadbiran kerajaan negeri. Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Bulan Dakwah Peringkat […]