Akaun Twitter menyamar Jakim digantung
PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan akaun Twiter yang cuba menyamar sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah digantung, dengan kerjasama pantas penyedia perkhidmatan itu. Akaun menggunakan nama dan lambang jabatan kerajaan itu didapati berniat untuk memuat naik hantaran bersifat menghina agama, serta mengandungi ucapan kebencian. “Orang awam dinasihatkan […]
Malaysia bersedia jalin kerjasama tingkatkan industri halal
KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menjalin kerjasama dengan negara luar, terutama ASEAN, bagi meningkatkan industri halal, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, saranan itu bukan hanya meliputi produk makanan halal tetapi juga perlu diperluaskan kepada produk halal lain seperti perubatan dan sumber utama berkaitan. “Sebagai Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Malaysia menyeru […]
Zulkifli ambil peluang bermuhasabah
SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memanfaatkan tempoh yang dilalui beliau ketika ini selepas disahkan positif jangkitan koronavirus (Covid-19), semalam untuk bermuhasabah dan meneliti ruang penambahbaikan bagi diri beliau. Pada masa sama Zulkifli dengan penuh ikhlas sekali lagi memohon maaf di atas apa yang […]
Juara Perdana DMY terima watikah mengajar Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR – Juara Perdana Daie Muda YADIM (DMY), Muhammad Naim Saadoon telah menerima watikah untuk membolehkan beliau mengajar dan berceramah di Wilayah Persekutuan. Menerusi tauliah bagi kategori Al Quran dan Fardhu Ain itu, Muhammad Naim diberi kebenaran sehingga 31 Disember 2021 untuk mengajar dan berceramah kepada dewasa dan kanak kanak. Surat kebenaran tersebut di […]
Kuota Haji: TH tunggu perincian dari mesyuarat menteri-menteri di Arab Saudi
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan menunggu sebarang perkembangan dari mesyuarat tahunan melibatkan urusan Haji di Arab Saudi, sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan jemaah haji Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan TH Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, buat masa ini pihak beliau belum dimaklumkan mengenai tarikh sebenar mesyuarat itu. […]