Arab Saudi benarkan ibadat umrah mulai 4 Oktober ini

RIYADH – Arab Saudi secara berperingkat membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kata Kementerian Dalam Negerinya, semalam. Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan Saudi Press Agency, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan. […]