Pekerja asing di Melaka dibenar tunai solat Aidiladha di premis

MELAKA – Pekerja warga asing di negeri ini dibenarkan melaksana solat sunat Aidiladha sesama mereka dalam kawasan premis masing-masing namun perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata majikan yang menggaji warga asing boleh mengemukakan permohonan berhubung perkara itu kepada Jabatan Mufti Melaka […]

Tiada larangan ibadah korban di Sarawak

KUCHING – Umat Islam di Sarawak dibenarkan menjalankan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini di sebalik kebimbangan penularan gelombang kedua Covid-19. Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pelaksanaannya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diputuskan sekretariat Majlis […]

Kunjung hormat UMS kepada Yang Dipertua YADIM

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan pada 23 Julai telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain bertujuan mengeratkan ukhuwah, ia juga adalah untuk mewawancara beliau berkaitan ‘Geran Penyelidikan FRGS-RACER: Pembangunan Model Latihan Bagi Institusi Dakwah Di Sabah’. Selaku […]

Ziarah Kasih YADIM Perkeso Sabah di Kampung Bambangan

MEMBAKUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama  Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 22 Julai telah mengadakan program Ziarah Kasih di Kampung Bambangan di sini. Pengarah PERKESO Sabah,  Dr Md Ali Hindia telah menyampaikan taklimat mengenai kepentingan PERKESO memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan ketika menjalankan tanggungjawab mereka di tempat kerja. Turut […]

Penerbitan Jurnal Dalam Talian YADIM

PUTRAJAYA – Bahagian Penyelidikan dan Perancangan di bawah Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat membangunkan Jurnal Online YADIM. Pembangunan jurnal ini adalah untuk mengumpulkan cendekiawan dan menghasilkan serta menerbitkan penyelidikan dakwah di dalam pelbagai disiplin ilmu yang melibatkan agensi, institusi pengajian awam dan swasta. Bagi tujuan itu, satu mesyuarat jawatankuasa […]