Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 31 Julai
KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh terbabit sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, […]
Putrajaya bakal jadi pusat penulisan, percetakan al-Quran
KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat untuk menjadikan Putrajaya sebagai pusat penulisan dan percetakan al-Quran. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada masa sama perkara lain yang turut akan dilaksanakan adalah ‘Perkampungan al-Quran’ serta membangunkan sebuah masjid yang diharap dapat diperluaskan lagi manfaat perkongsian menerusi ilmu Islam. “Kita ingin melihat bagaimana ilmu […]
Tiada jamuan di masjid, surau selepas ibadah korban
KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) tidak membenarkan jamuan diadakan di masjid atau surau selepas ibadah korban sebaliknya daging diagihkan terus kepada yang layak berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, itu antara perkara […]
Kerajaan jamin tarif air tidak dinaikkan
KUALA LUMPUR – Tarif air tidak akan dinaikkan ketika rakyat masih berdepan bebanan dan tekanan hidup berikutan penularan Covid-19. Jaminan itu diberikan Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut meminta agar rakyat tidak perlu risau terhadap perkara itu. Katanya, kerajaan akan menanggung kos dalam situasi sukar ini kerana prihatin di samping memberikan […]
Nasyid Pasca PKP: Masih relevankah?
ANNYEONG HASEYO, Rain, Ramen, Kimchi, Running Man, TVN, Bulgogi, Gimbap dan banyak lagi – jika disebut lebih 10 tahun lalu pasti ramai terpinga-pinga kerana tidak mengetahui apakah gerangannya?. Jika ditanya sekarang, pasti kefasihan remaja negara ini menceritakan fenomena budaya Korea itu selancar MRT dan selaju ERL. Itulah hebatnya strategi pemasaran tersusun dan sistematik yang didokong […]
Arab Saudi hadkan jemaah haji hanya 1,000 orang
RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah haji kepada 1,000 orang sahaja bermula 29 Julai ini, dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengelak penularan wabak COVID-19. Pihak berkuasa negara itu mengumumkan ibadah haji yang sebelum ini biasanya dihadiri lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia, dilaksanakan dalam suasana protokol kebersihan yang […]
Is’ad Al Usrah bantu ibu tunggal enam anak di Kapar
KLANG – Usaha berdakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus dipelbagaikan kaedahnya bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya. Bagi menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang sebelum ini mengumumkan pelancaran program MYHaus untuk membantu kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan […]