COVID-19: PM mahu imam, ketua kampung main peranan
KUALA LUMPUR – Ketua kampung, imam dan pemimpin komuniti perlu memainkan peranan menjaga komuniti masing-masing dalam membendung penularan COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peranan yang boleh dimainkan ialah membuat lawatan atau rondaan ke tempat yang sering dikunjungi penduduk kampung masing-masing. “Sama ada kedai kopi, restoran, pasar pagi atau kedai menjual barangan keperluan […]
YADIM, GPMS dan Surplus santuni 100 asnaf di Timur Laut
TIMUR LAUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang turut tidak ketinggalan dalam menyantuni mereka yang menerima kesan akibat penularan Covid-19 di negeri ini. Pada 18 Julai, mereka telah bekerjasama dengan dua badan bukan kerajaan di sini iaitu Gabungan Pelajar Melayu Sememnanjung (GPMS) dan Surplus untuk menyantuni seramai 100 keluarga yang dikenalpasti memerlukan. Golongan […]
Ustaz Nasrudin Hassan mulakan tugas sebagai YDP YADIM
PUTRAJAYA – Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan hari ini (20 Julai) memulakan tugas beliau sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu. Beliau tiba di ibu pejabat YADIM di sini pada jam 11 pagi setelah menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Datuk Seri […]
Denda RM11,365 jika kunjungi Tanah Suci tanpa permit haji
RIYADH – Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi akan mengenakan denda sebanyak 10,000 Riyal (RM11,365) terhadap orang Islam yang didapati memasuki kota suci Mekah tanpa permit sepanjang musim haji tahun ini, lapor portal berita Alarabiya.net. Pada tahun ini, kerajaan Arab Saudi membenarkan ibadat haji diadakan tetapi dengan bilangan jemaah terhad susulan langkah berjaga-jaga disebabkan pandemik Covid-19. […]
Pelantikan Al-Fadhil Ustaz Hj. Nasrudin Hassan Sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Yang Baharu
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengalu-alukan pelantikan Al-Fadhil Ustaz Hj. Nasrudin Hassan sebagai Yang Dipertua (YDP) yang baharu berkuatkuasa 16 Julai 2020. Pelantikan Al-Fadhil Ustaz sebagai YDP YADIM yang ke 14 oleh YAB Perdana Menteri adalah selaras dengan perkara 8 (C) Surat Ikatan Amanah YADIM yang menjadi asas perlembagaan yayasan ini. Al- Fadhil Ustaz Hj. […]
Pasang khemah tambahan atasi solat Jumaat dua sesi
KUALA TERENGGANU – Keputusan kerajaan membenarkan khemah dipasang di perkarangan masjid bukan saja membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan solat Jumaat, tetapi dapat menyelesaikan isu solat dua sesi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kebenaran itu terpakai jika dewan utama dan ruang sekitar masjid tidak mampu menampung […]
MAIWP salur bantuan kecemasan RM2,000 kepada mangsa kebakaran
KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kecemasan sebanyak RM2,000, kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Taman Batu Muda, di sini. Pengerusinya Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee berkata, Kit Musibah yang mengandungi barangan keperluan diri seperti barangan mandi, pakaian dan telekung, serta bantuan makanan turut disalurkan kepada keluarga […]