Kerajaan lancar MYHaus, Ogos ini
PUTRAJAYA – Kerajaan akan melancarkan program MYHaus, bagi membantu kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, program yang akan dilancarkan Ogos depan itu, secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar. Katanya, menerusi program berkenaan ia akan […]
‘Jemput kita imarahkan semula masjid’
SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri rasa gusar terhadap jumlah jemaah khususnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Wilayah Persekutuan Putrajaya yang kurang memberangsangkan. Beliau berkongsi perkara itu di akaun Twitter rasminya hari ini (17 Jun). Katanya, masjid serta surau […]
Sektor kewangan Islam cecah RM3 trilion tahun ini
KUALA LUMPUR – Sektor kewangan Islam negara dijangka mengekalkan pertumbuhan dua digit hingga mencecah hampir RM3 trilion pada tahun 2020 di bawah Pelan Induk Pasaran Modal kedua, menurut Tan Sri Abdul Wahid Omar. Pengerusi Bursa Malaysia Bhd itu berkata, industri dana Islam negara telah menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Sehingga Mac tahun ini, dana Syariah bernilai […]
Wawasan-Mawar YADIM santuni ibu tunggal
SUNGAI BESI – Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kasih Malaysia (Wawasan) pada 17 Jun telah menyantuni seramai 30 wanita sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang terkesan dengan musibah Covid-19. Program dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu telah memberi manfaat kepada wanita yang menjadi ahli Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal […]
YADIM Terengganu sasar santuni 1000 nelayan
DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menyasarkan untuk menyantuni seramai 1,000 keluarga nelayan di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19. Pengarahnya, Mahadi Awang berkata usaha tersebut akan diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan persatuan nelayan yang dikenalpasti. “Inisiatif ini kerana mereka merupakan salah satu kluster yang terjejas teruk […]
Kedah benar solat Jumaat, fardu berjemaah mulai Jumaat ini
ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah diadakan di semua masjid dan surau di Kedah bermula Jumaat ini. Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, bilangan minimum jemaah adalah sekurang-kurangnya 40 orang dan maksimum 60 orang bagi solat Jumaat sementara maksimum 40 jemaah dibenarkan untuk […]