Hina Islam, menteri: Polis mula menyiasat
KUALA LUMPUR: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tiga pengguna Facebook mengeluarkan kenyataan berunsur lucah, hasutan dan penghinaan terhadap Islam serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya akan mengambil tindakan susulan. Semua kes […]
Tidak boleh solat di luar masjid
PUTRAJAYA – Individu yang namanya tidak tersenarai, dilarang untuk hadir atau menunaikan solat di luar masjid, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara yang perlu dipatuhi, menyatakan tidak boleh bersolat di luar masjid, sepanjang […]
Covid-19: 50 set sumbangan untuk Kuala Kedah
KUALA KEDAH – Selepas di Sintok semalam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (16 Mei) melaksanakan program Musa’adah Covid-19 di daerah ini pula. Program dimulakan di Masjid Kuala Kedah di sini dengan sebanyak 20 set sumbangan diserahkan kepada yang dikenalpasti memerlukan. Mereka terdiri daripada asnaf, pesakit kronik serta penduduk berpendapatan harian yang terjejas dengan […]
Program Ziarah Kasih/Sumbangan SAR Kuala Langat
KEBUN BHARU – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat pada 16 Mei sekali lagi menyantuni golongan yang memerlukan di kawasan ini. Sejumlah 13 keluarga menerima sumbangan wang tunai dan barangan daripada pasukan SAR Kuala Langat dalam program mereka hari ini. Setiausaha SAR Selangor, Hanizah Sumiri yang mengetuai inisiatif ini berkata, seorang penduduk telah bermurah […]
Dr Luqman Abdullah dilantik Mufti Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR – Pensyarah Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Universiti Malaya, Dr Luqman Abdullah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ke-8 berkuat kuasa semalam (15 Mei 2020) sehingga 14 Mei 2022. Pelantikan itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini (16 Mei). “Alhamdulillah, pada pagi […]
Ibadah haji jemaah Singapura ditangguh ke 2021
SINGAPURA – Singapura membuat keputusan menangguhkan rancangan menunaikan ibadah haji tahun ini bagi 900 jemaahnya ke tahun depan berikutan penularan Covid-19, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 15 Mei. Muis memaklumkan keputusan itu dibuat dengan persetujuan Jawatankuasa Fatwa dan rundingan Kementerian Kesihatan (MOH). Katanya, Jawatankuasa Fatwa mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dan menyokong keputusan […]
Frontliners Sintok, RSY disantuni YADIM Kedah SINTOK – Prihatin dengan kebajikan dan tanggungjawab petugas barisan hadapan mendepani Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 15 Mei menyantuni mereka yang bertugas di daerah ini. Sejumlah 20 set sumbangan makanan diserahkan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di sini. Selain set […]