Johor benar solat Jumaat, Aidilfitri bersyarat
JOHOR BAHRU- Kerajaan negeri Johor membenarkan solat Jumaat diadakan bermula 15 Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata selain itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga berkenan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta akad nikah diadakan. Bagaimanapun pelaksanaan solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri serta akad nikah tersebut mesti mematuhi […]
Ziarah hari pertama Raya sahaja
PUTRAJAYA – Hanya 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan bahawa aktiviti ziarah dihadkan bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak. Menurutnya, prosedur […]
Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu ke Hulu Besut
HULU BESUT – Program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu diteruskan pula di daerah ini hari ini (13 Mei). Sebanyak 200 pek sumbangan disampaikan oleh YADIM Terengganu hari ini. Ia diadakan meliputi tiga kawasan iaitu Hulu Besut, Kota Putra dan Kuala Besut. Program hari ini diadakan dengan kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah Besut […]
Musa’adah Covid-19 fasa kedua bermula di Pendang
PENDANG – Program fasa kedua Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bermula hari ini dengan daerah ini sebagai lokasi pertama. Sebanyak 20 pek sumbangan diedarkan kepada keluarga terpilih di sekitar daerah ini hari ini. Hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi Sukarelawan Al Rahmah Pendang, Abdul Ghani Sudin serta kepimpinan pasukan tersebut. Dalam […]
YADIM sumbang 1,000 buku kepada PKRC
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (13 Mei) meneruskan program Musaadah Covid-19 YADIM dengan menyampaikan sumbangan 1,000 naskah buku terbitannya kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Jumlah sumbangan YADIM hari ini bernilai RM12,400. Selain YADIM turut memberikan sumbangan bahan bacaan hari ini ialah […]
Tiada parti politik dilantik kutip zakat fitrah
ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menafikan melantik amil di kalangan ahli parti politik tertentu untuk mengutip zakat fitrah di kawasan masing-masing. Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, perkara itu sudah diselesaikan selepas pemimpin parti berkenaan dipanggil untuk memberi penjelasan. “Saya dan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman bersama Jawatankuasa Kutipan dan […]
Mufti Perlis saran orang ramai solat Aidilfitri di rumah
ARAU – Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan umat Islam di negeri ini untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga masing-masing, berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun. Katanya, Jabatan Mufti Perlis akan menyediakan teks khutbah Aidilfitri yang mudah dan tidak membebankan, agar ianya mudah dibacakan oleh […]