Moratorium sewa-beli: Bank setuju tidak caj faedah, penalti lewat bayar
KUALA LUMPUR – Bank bersetuju untuk tidak mengenakan caj tambahan ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional dan syariah, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Caj tambahan berkenaan adalah kadar faedah terakru serta yuran dan penalti lewat bayar. Tengku Zafrul berkata, kementeriannya telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan […]
PPZ-MAIWP, CIMB Islamic lancar kempen bersama
KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) melancarkan Kempen ‘Giving Back Earn More To CIMB Preferred Customers’ di sini pada 5 Mei. Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, kempen yang berlangsung selama lapan bulan bermula Mei hingga Disember 2020 melibatkan […]
Ismail Kamus bertambah baik
KUALA LUMPUR – Keadaan Datuk Ismail Kamus yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), bertambah baik. Perkara itu dikhabarkan anak beliau, Mohd Firdaus Ismail yang memaklumkan menerima perkembangan baik itu daripada doktor selepas bapanya selesai proses dialisis. “Selepas habis proses dialisis ada sedikit pengurangan toksin dalam badan. Menurut doktor lagi, […]
YADIM Sarawak santuni Saudara Kita
SRI AMAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 3 Mei lalu telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada 48 keluarga Saudara Kita di sekitar bandar ini. Kesemua penerima merupakan mereka yang terjejas akibat penularan Covid-19 dan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan. Antara kawasan yang disantuni dalam program Musa’adah Covid-19 YADIM Sarawak ini ialah […]
465 keluarga terima manfaat Musa’adah Covid-19 YADIM Johor Siri Dua
JOHOR BAHRU – Seramai 465 buah keluarga menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Johor menerusi program Musa’adah Covid-19 YADIM Siri 2 pada 3-5 Mei. Ini menjadikan jumlah penerima manfaat program Musa’adah Covid-19 YADIM Johor, sejak dimulakan pada 20 April lalu seramai 815 keluarga. Siri kedua program kali ini, diadakan dengan kerjasama badan – badan […]