Agong, Raja Permaisuri selesai kuarantin, bebas Covid-19
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan disahkan bebas Covid-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat […]
Dua kadar zakat fitrah di Pulau Pinang
GEORGETOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah di negeri ini iaitu RM7 dan RM16 mengikut kemampuan individu. Kadar bayaran itu ditetapkan selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang sekali gus ia sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman […]
Kehabisan kit ujian, Gaza rayu bantuan
GAZA – Pihak berkuasa kesihatan Semenanjung Gaza bimbang wabak COVID-19 di kawasan terkepung akan terus merebak selepas wilayah itu kehabisan kit ujian Koronavirus. Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra berkata, ujian di makmal pusat telah terhenti selepas kehabisan kit ujian Koronavirus. Setakat ini, Gaza melaporkan 13 kes jangkitan COVID-19 yang kini ditempatkan di sebuah pusat […]
Orang ramai pilih TV AlHijrah
KUALA LUMPUR – TV AlHijrah berjaya mencatat 75 peratus peningkatan dalam capaian penontonnya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan koronavirus (Covid-19) berbanding dua minggu sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris berkata, sebagai sebuah stesen televisyen yang mempromosi Islam sebagai gaya hidup, TV AlHijrah sedar sejak daripada mula tentang peranan dan pendekatan yang […]