2 kematian pertama akibat COVID-19
PUTRAJAYA: Malaysia mencatat dua kematian akibat wabak COVID-19, iaitu pesakit dari kes ke-178 dan ke-358. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi kes ke-178, ialah seorang lelaki yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di Seri Petaling baru-baru ini. “Bagi kes ke 358 pula ialah seorang lelaki berumur 60 tahun di Kuching, Sarawak,” katanya dalam […]
Bilal mangsa simbah petrol dan bakar meninggal dunia
ALOR SETAR – Seorang bilal masjid yang melecur akibat dibakar selepas disimbah petrol bulan lalu dilaporkan meninggal dunia hari ini setelah 22 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Anak sulung bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong, Amri Budin, 66, memaklumkan ayahnya tidak menunjukkan tindak balas kepada ibunya, Habsah Mustafa […]
Penduduk haram Israel biadab serang rakyat Palestin
RAMALLAH – Di kala rakyat Palestin sedang sibuk memerangi wabak COVID-19, penduduk haram Israel mengambil kesempatan menyerang mereka di Lembah Jordan yang diduduki, lapor majalah Al-Mugtama. Penduduk haram bersenjata bertindak biadab apabila melakukan serangan besar-besaran ke atas para petani Palestin, mencuri haiwan ternakan serta merosakkan tanaman di ladang. Petani, Mahmoud Bsharat yang telah menerima ganti […]
COVID-19: Jangan panik, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan
KUALA LUMPUR – “Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang.” Demikian nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 di dalam negara pada 16 Mac. Beliau berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara itu adalah bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dalam masa terdekat. […]