TH umum agihan keuntungan 3.05 peratus
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat pada kadar 3.05 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019. Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan masing-masing bermula Isnin, 16 Mac ini. Ia melibatkan agihan berjumlah RM2.1 bilion meningkat RM1.2 bilion berbanding RM900 juta pada tahun sebelumnya. TH dalam satu kenyataan di sini […]
Jemaah hadir ijtimak tabligh dilarang ke masjid hingga sah sihat
KANGAR – Jemaah dari Perlis yang menghadiri perhimpunan ijtimak (perjumpaan) tabligh di Masjid Sri Petaling akhir bulan lalu ditegah ke masjid, solat berjemaah di masjid dan menghadiri solat Jumaat. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta mana-mana jemaah tabligh yang mengalami tanda-tanda awal jangkitan COVID-19 segera menjalani pemeriksaan kesihatan dan hanya ke masjid […]
Raja Perlis titah solat Jumaat diganti dengan solat zohor di rumah
KUALA LUMPUR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan solat Jumaat di negeri itu pada 13 Mac digantikan dengan solat zohor di rumah masing-masing. Titah tersebut dikeluarkan setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan mengenai perkembangan Covid-19 serta menerima panduan dan Irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. “Maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis […]