Warga emas lumpuh disantuni YADIM Kelantan
KOTA BHARU – Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Terlantar dan amat sukar menguruskan diri akibat lumpuh separuh badan menyebabkan seorang warga emas di sini tinggal dalam keadaan amat menyedihkan. Kediamannya yang daif dan uzur menambah lagi derita Ismail Mahmud, 76 dari Kampung Langgar di sini yang bergantung harap pada ihsan orang lain […]
YADIM – Makhatertakfir Iran usaha bantu tangani ekstremisme
PUTRAJAYA – Sekretariat Makhatertakfir dari Iran berhasrat menjalin kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam usaha menangani ekstremisme. Ketua Umumnya Dr. Mohammad Hassan Zamani berkata, usaha ini akan memfokuskan kepada kemanusiaan dan keamanan kerana mahu menonjolkan Islam itu sebagai agama rahmah tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Hasrat tersebut disampaikan Mohammad Hassan dalam kunjungan […]
Sarapan percuma diteruskan
KUALA LUMPUR – Kerajaan tetap akan meneruskan Program Sarapan Pagi (PSP) seperti yang dijadualkan bermula pada Isnin ini (20 Januari). Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memaklumkan perkara itu berkata, bagaimanapun ia hanya akan dikhususkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan saja. “Kita akan teruskan program yang ada sekarang kepada mereka yang tidak mampu, tapi […]
Dong Zong akhirnya setuju Jawi bukan agenda Islamisasi
PUTRAJAYA- Akhirnya Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bersetuju pelajaran tulisan Jawi di sekolah bukan bermotifkan Islamisasi kepada mana-mana pelajar bukan Islam. Ia adalah sebahagian daripada warisan budaya bangsa Malaysia seperti kaligrafi Cina, tulisan Tamil dan etnik-etnik lain. Justeru, setiap warisan itu termasuk Jawi perlu dihormati oleh semua pihak. Ini dinyatakannya dalam […]
KORY 2.0 memasyarakatkan YADIM dengan penduduk Besut
JABI – Merapatkan hubungan antara agensi agama Islam dan masyarakat dilihat penting sebagai salah satu cara penyebaran dakwah yang berkesan. Ia juga perlu dilaksanakan secara berkala bagi memastikan objektifnya tercapai. Bagi mencapai tujuan tersebut pada 11 Januari lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengadakan program Komuniti Rahmah Bersama YADIM (KORY) 2.0 di sekitar […]