Asas agama Islam perlu diajar di sekolah vernakular
GEORGETOWN – Perkara asas mengenai agama Islam perlu diperkenalkan di sekolah vernakular di negara ini bagi memberi pemahaman mengenai ajaran Islam sebenar selain dapat mengukuhkan perpaduan kaum. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pengenalan itu memberi peluang mereka memahami ajaran Islam yang selama ini mungkin disalah tafsir. Menurutnya, pemahaman […]
Penjualan air zam zam undang salah guna
KANGAR – Penjualan air zam zam secara terbuka dibimbangi akan mengundang transaksi jual beli yang boleh mengakibatkan ruang eksploitasi ke atas agama Islam bagi tujuan perniagaan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sejak dahulu lagi penguatkuasa agama di negeri itu tidak membenarkan penjualan sebarang produk menggunakan nama Islam dijual berleluasa. Tegasnya, tindakan […]
Russia iktiraf doktor Palestin Pakar Jantung terbaik 2019
MOSCOW – Biarpun pernah hidup sebagai pelarian, seorang rakyat Palestin kini menerima penghormatan sebagai Pakar Jantung terbaik bagi tahun 2019. Dr Imad Meri, dianugerahkan sebagai doktor Kardiologi dan Resusitasi terbaik daripada Kementerian Kesihatan Russia, lapor Pusat Maklumat Palestin (PIC). Pengiktirafan yang diberikan kepada Dr Imad adalah hasil daripada beberapa kejayaan yang diperoleh sepanjang kariernya itu. […]
Jawi warisan kita
BAHASA Melayu unik kerana mempunyai dua jenis tulisan iaitu jawi dan rumi. Sebelum rumi, bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi yang telah wujud sejak sekitar 1300 Masehi dan dikaitkan dengan ketibaan Islam khususnya dengan kedatangan orang Parsi ke Tanah Melayu ketika itu. Abjad Arab yang diperkenalkan telah diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan.Penemuan […]
Laksana projek rintis KAFA lima kali seminggu
KUANTAN – Kerajaan akan melaksanakan projek rintis pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) selama lima hari seminggu, berbanding tiga hari sahaja sekarang, pada tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata projek rintis itu akan melibatkan tujuh sekolah kebangsaan setiap negeri dengan tempoh pelaksanaan selama setahun. Beliau berkata projek itu bukan […]