Menteri di JPM sampaikan sumbangan di KOA Sungai Berua

KUALA BERANG – Usaha menyantuni masyarakat Orang Asli dijalankan secara konsisten oleh Yayasan Dakwah Islamaiah Malaysia (YADIM). Terbaharu pada 30 Disember, bertempat di Kampung Sungai Berua di sini, seramai 200 Orang asli menerima sumbangan barangan dapur daripada YADIM Terengganu. Program ini djayakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan. Sumbangan berkenaan […]

80 anak petani, nelayan terima bantuan persekolahan YADIM Pulai Pinang

SEBERANG PERAI SELATAN – Situasi Covid-19 belum ada kesudahannya. Ramai yang terkesan dan menerima kesan terus wabak tersebut, khususnya golongan B40 di negeri ini. Prihatin dengan situasi tersebut, YADIM Pulau Pinang pada 30 Disember telah menyalurkan bantuan kepada seramai 80 keluarga B40 di kawasan ini. Mereka terdiri daripada anak anak keluarga nelayan dan petani yang […]

Yakin KPDNHEP dapat tangani isu kartel daging import

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meluahkan keyakinan isu kartel daging import seludup dan diragui statusnya dapat ditangani Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan baik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, beliau berharap masyarakat dapat memberikan sokongan. Katanya, dengan sokongan dan doa rakyat, isu terbabit […]

Santuni asnaf bersempena Bulan Dakwah di Johol dan Kuala Pilah

SEREMBAN – Satu program berkonsepkan jelajah dan kembara telah diadakan bagi menyantuni seramai 200 asnaf oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan. Ia dianjurkan bersama badan bukan kerajaan Sukarelawan Al Baasith, Pepatih Truckers Community dan MyFundAction pada 28 Disember. Acara dimulakan di Masjid Negeri Seremban dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri […]

Kerajaan janji tindakan segera tangani isu kartel daging haram

KUALA LUMPUR – Kerajaan berjanji tindakan segera akan diambil mengikut bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan punca berlaku kartel import daging haram. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pihaknya sudah mula mengadakan perbincangan dengan JAKIM untuk mencari kelemahan dan punca berlakunya perkara itu. Dalam […]

Kartel daging: JAKIM perjelas kenapa ‘membisu’

KUALA LUMPUR – Isu penyeludupan daging yang hangat diperkatakan sekarang di luar bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kata Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikannya, Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee. Beliau berkata, peranan pasukan JAKIM adalah memeriksa sama ada sesebuah rumah penyembelihan di luar negara mematuhi hukum syarak dari aspek proses penyembelihan sehinggalah daging itu […]

YADIM Kelantan hulur bantuan keluarga penoreh tinggal di pondok separuh roboh

GUA MUSANG – Sebuah rumah yang sebenarnya lebih tepat dipanggil pondok, menjadi kediaman tujuh beranak di Kampung Jelaping di sini. Di kediaman yang hampir roboh itu, Mat Zaid Sulaiman dan isteri serta lima anaknya tinggal, bergelut meneruskan kehidupan. Sebagai penoreh getah, dia benar benar terkesan dengan penularan Covid-19. Keadaan bertambah parah apabila musim hujan melanda […]

Kongsi Rezeki RSY bersama 16 keluarga asnaf

NILAI – Rakan Siswa YADIM (RSY) telah menyertai rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan menyantuni sebanyak 16 keluarga asnaf di sekitar kawasan ini. Bersama Skuad Al-Baasith Negeri Sembilan, MyFundAction, RSY dan YADIM Negeri Sembilan telah menyumbang barangan keperluan asas bertujuan meringankan beban keluarga yang disantuni. Hadir sama ialah Pengerusi Surau Al Ikhlas Nilai Perdana,  Tuan Haji […]

Kursus pengurusan jenazah di Masjid Kampung Bemban

SEREMBAN – Seramai 50 peserta menyertai kursus pengurusan jenazah anjuran Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Masjid Kampung Bemban di sini. Pengerusi Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan, Abdul Latif Mohd Yunus telah bertindak selaku tenaga pengajar dalam kursus pada 27 Disember ini. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan jenazah termasuk latihan amali. Mereka […]

Yadim Kelantan bantu 3,200 asnaf tahun ini

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan telah membantu seramai 3,200 individu dan golongan asnaf yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 menerusi tabung Musa’adah sepanjang tahun ini. Menerusi dana dalam tabung itu juga, Yadim Kelantan turut melaksanakan Program Lestari yang mengumpulkan seramai lebih 370 sukarelawan di seluruh negeri ini untuk bergotong-royong di rumah […]