Rohana Yusof wanita pertama dilantik Presiden Mahkamah Rayuan

SHAH ALAM – Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rohana Yusof melakar sejarah institusi kehakiman negara ini apabila beliau menjadi wanita pertama dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Selain itu buat julung kalinya dalam sejarah kehakiman negara, tiga wanita sekali gus dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Mereka adalah Datuk Zaleha Yusof, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hasnah […]

Seminar Lindungi Kanak Kanak Daripada Penderaan

KUBANG KERIAN – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) terus aktif memainkan peranannya mengangkat pelbagai isu isu berkaitan keluarga di negeri ini. Menerusi kerjasama dengan Wanita IKRAM Kota Bharu, Cakna Kesihatan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Malaysian Against Pornography (MAP) mereka menganjurkan program Seminar Lindungi Kanak Kanak Daripada Penderaan pada 30 November […]

Masjid disaran buat solat hajat esok

KUALA LUMPUR – Masjid di seluruh negara disaran mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, esok dan berdoa bagi dipermudahkan urusan dan mengelak sebarang kesulitan di negeri yang dilanda banjir. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan terdapat seramai 12,131 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu […]

IHAB perkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju halal

KUALA LUMPUR – Penubuhan International Halal Authority Board (IHAB) mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju halal global melalui pelaksanaan pengiktirafan pihak berkuasa dan badan pensijilan halal di luar negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh berkata, badan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menjaga kepentingan umat […]

TH mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) yang mencatatkan prestasi kewangan yang amat positif pada suku ketiga kali ini akan dapat mengumumkan hibah yang lebih baik (dividen) bagi 2019, kata seorang ahli ekonomi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, selain itu, ia juga mendapat pengukuhan daripada sokongan penyimpan […]

Keluarga mangsa banjir disantuni YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Kehilangan ahli keluarga akibat bencana alam merupakan sesuatu yang amat perit untuk dihadapi. Hanya yang mengalaminya sendiri saja tahu betapa sukar untuk berhadapan dengannya. Justeru, atas sifat prihatin dengan kejadian malang yang menimpa mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 3 Disember telah menziarahi keluarga mangsa banjir pertama di negeri ini […]

Berjaya kekal Ketidakpatuhan Sifar

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sekali lagi mengekalkan Ketidakpatuhan Sifar (O NCR) semasa Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Ia dicapai dalam sesi audit oleh AJA EQS CERTIFICATION (M) SDN. BHD pada 3 Disember, yang telah diselaraskan oleh Unit Audit dan Kualiti YADIM. Ia merupakan kejayaan kali kedua dalam mengekalkan pencapaian […]

Ekspo tatu tidak wajar, kesopanan jangan digadaikan

Ekspo tatu tidak wajar, kesopanan jangan digadaikan PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berpandangan penganjuran Malaysia Tattoo Expo 2019 di Kuala Lumpur tidak wajar diadakan di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam. Walaupun mungkin ada yang beranggapan penganjuran program seperti ini boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan, namun YADIM berpandangan nilai moral, akhlak dan […]

Kunjungan HIMSAK ke YADIM

PUTRAJAYA – Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) hari ini mengadakan kunjungan ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi mencari peluang bekerjasama dengan badan dakwah ini. Seramai empat orang wakil badan bukan kerajaan (NGO) tersebut, diketuai presidennya, Dato’ Mohd Faizal Daud telah menemui Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz bagi membincangkan apakah […]

YADIM Kedah terima penghargaan Jabatan Penjara

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 2 Disember telah menerima penghargaan daripada Jabatan Penjara Malaysia atas sumbangan dakwahnya selama ini kepada jabatan itu. Ia di sampaikan kepada wakil YADIM Kedah, Ustaz Azmi Mohammad dalam Majlis Sanjungan Budi dan Penutupan Sukan Penghuni di Penjara Sungai Petani di sini. Majlis tersebut dirasmikan oleh […]