Sidang Kemuncak KL orak langkah memperkasa umat Islam
KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (Sidang Kemuncak KL) 2019 yang berakhir hari ini, berjaya menghasilkan inisiatif konkrit untuk mengangkat umat Islam dan menangani beberapa kebimbangan masyarakat seperti Islamofobia. Walaupun terdapat kritikan, Perdana Menteri yang juga pengerusi sidang berkenaan, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan persidangan empat hari itu bermula pada 18 Dis, dan tegas […]
Persatuan wanita harus berganding bahu perkasa wanita
GEORGETOWN – Semua persatuan wanita dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa seharusnya bergandingan bersama dan bersepakat dalam membantu memperkasakan kaum wanita, titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Baginda bertitah semua persatuan wanita juga perlu bekerjasama menjalankan aktiviti dan mengadakan perjumpaan bersama bagi memperkasakan kaum hawa […]
Bapa maafkan pembunuh anak terima anugerah Ikon Rahmatan Lil Alamin
PUTRAJAYA – Dua tahun lalu, Dr Abdul Munim Sombat Jitmoud, menyentuh perasaan puluhan jutaan orang apabila video beliau memaafkan lelaki yang dituduh terbabit pembunuhan anaknya di mahkamah di Amerika Syarikat (AS), tersebar dan dilaporkan secara meluas di seluruh dunia. Klip video di dalam mahkamah pada 7 November 2017 itu menunjukkan Dr Abdul Munim, 68, mengejutkan […]
Tudung pakai buang bebas kuman pertama ciptaan Doktor Malaysia
DERBY – Kebersihan merupakan aspek utama semasa pembedahan kerana kuman boleh menjangkiti pesakit lalu menyebabkan kesan buruk. Seorang wanita Malaysia, yang juga seorang doktor, mencipta tudung pakai buang bebas kuman pertama di United Kingdom, untuk kegunaan pengamal perubatan. Farah Roslan berkata idea penciptaan tudung berkenaan mula timbul ketika melakukan latihan di Royal Derby Hospital, kata […]
Sistem pendidikan negara Islam perlu kebangkitan semula
KUALA LUMPUR – Lebih banyak pencapaian serta kemajuan dapat dicapai seandainya pemikiran serta sistem pendidikan dapat diperbaharui dalam dunia Islam setaraf dengan dunia Barat pada masa depan. Ia termasuk memberi kepentingan dengan ‘duniawi’ serta tidak hanya sekadar fokus dengan akhirat semata-mata. Itu juga antara intipati cadangan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang juga senada dengan […]
Wujud sistem kewangan, mata wang negara Islam
KUALA LUMPUR – Pemimpin utama negara Islam sependapat supaya satu sistem kewangan Islam diwujudkan bagi mengukuhkan perdagangan dalam kalangan negara anggota selain mengelak kebergantungan kepada mata wang asing. Pendirian itu dipersetujui pada sesi meja bulat sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bertajuk ‘Keutamaan Pembangunan dan Cabaran’ yang disertai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden […]
Umat Islam perlu bersatu hati, kembalikan ketamadunan Islam – Al-Sultan Abdullah
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak seluruh umat Islam bersatu hati dan menyatakan komitmen dalam pembangunan ummah dan mengembalikan ketamadunan Islam. Titah baginda, masih ramai umat Islam tertindas dan terperangkap dalam kemelut kemiskinan, kemunduran termasuk ketiadaan tempat tinggal. “Kini tiba masa untuk kita semua untuk meluaskan usaha individu […]
Majalah Dakwah Isu 50 : Pendekatan Rahmah Dalam Mendepani Isu & Permasalahan Sosial Masyarakat
PUTRAJAYA – Majalah Dakwah perlukan anda. Untuk isu ke 50 Majalah Dakwah keluaran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dijangka diterbitkan pada Mac depan, orang ramai dialu alukan menyumbang artikel untuk disiarkan. Dengan sub tema ‘Pendekatan Rahmah Dalam Mendepani Isu & Permasalahan Sosial Masyarakat’ serta ‘Etika dan Integriti di Malaysia : Isu dan Cabaran’, mereka […]
Wang kertas bebas unsur lemak babi
KUALA LUMPUR – Wang kertas negara bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak babi, kata Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah. “Wang RM1 dan RM5 ini guna polimer sebab ia lebih tahan 4 kali ganda berbanding wang kertas biasa. Wang kertas tidak mengandungi mana-mana unsur lemak khinzir seperti yang didakwa,” katanya pada sesi penggulungan […]
Kita tak akan dakwa Malaysia negara Islam sempurna
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan mendakwa ia negara Islam sempurna, walaupun ia menunjukkan masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup bersama aman dan damai, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. “Tradisi ini sejak kemerdekaan kita,” katanya, dan menambah walaupun majoriti rakyat beragama Islam, ia mempunyai minoriti yang besar daripada kepercayaan, budaya dan adat berbeza. […]