Cipta inisiatif kewangan berasaskan nilai Rahmatan Lil Alamin

PUTRAJAYA – Penasihat syariah institusi kewangan perlu berani mencipta inisiatif kewangan berasaskan nilai Rahmatan Lil Alamin dalam produk baharu atau merejuvenasikan produk lama agar lebih segar dan berinovasi untuk menarik pelanggan Islam dan bukan Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. Beliau berkata nilai rahmah dalam produk kewangan bukan sahaja akan meningkatkan […]
YDP YADIM di Forum Perdana Hal Ehwal Islam Melaka

JASIN – Sempena dengan keputeraan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz telah diundang sebagai salah seorang ahli panel dalam rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Forum tersebut yang diadakan pada 17 Oktober, telah berlangsung di Dewan Alamanda […]
Motivasi waris pelajar SK Bukit Kiara

SUNGAI PETANI – Dalam usaha menyampaikan motivasi kepada pelajar sekolah, pengisiannya bukan saja perlu diberikan kepada mereka, tetapi sebaiknya juga kepada ibu bapa. Justeru, menyedari hakikat ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, pada 10 Oktober telah menganjurkan program Motivasi Waris Tahun Empat & Lima bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Kiara di sini. Istimewanya, ia […]
Tajuk debat tidak boleh menjadikan pendebat ‘mangsa’

ARAU – Tindakan penganjur Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 yang mengutarakan tajuk debat menyentuh sensitiviti agama Islam dan al-Quran boleh membawa kesan yang negatif kepada masyarakat. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan itu juga boleh ‘memangsakan’ peserta khususnya bagi pendebat yang terpaksa memihak dan menyokong tajuk berkenaan. “Mengambil […]
Perkukuh tahap kesedaran rakyat mengenai Maqasid Syariah

PUTRAJAYA – Komunikator utama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperoleh menerusi sesi dialog awam Maqasid Syariah untuk memperkukuhkan tahap kesedaran orang ramai terhadap program dan dasar negara, kata Menterinya Gobind Singh Deo. “Bersama-samalah kita memasarkan maklumat dan dasar negara kepada seluruh rakyat dengan tuntas agar setiap rakyat memahaminya dengan jelas […]
Tajuk debat tidak jaga sensitiviti Islam tak wajar

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof menegaskan pemilihan tajuk Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019, didakwa tidak menjaga sensitiviti Islam, adalah sesuatu yang tidak wajar malah menyalahi konsep debat itu sendiri. “Bagaimana nak suruh seorang itu berdebat dengan perkara yang pada asalnya bercanggah dengan Islam, kalau membantah sedap juga, kalau menyokong […]
Mufti Sabah Sampai Tauliah Mengajar Agama Kepada Nik Omar

KOTA KINABALU – Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar hari ini (16 Oktober) telah menyampaikan tauliah kebenaran mengajar kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Ia adalah satu anugerah khas oleh kerajaan negeri, menerusi Pejabat Mufti Sabah kepada beliau sebagai penghargaan atas […]
25 NGO Islam Sabah sertai mesyuarat MTD

KOTA KINABALU – Sebanyak 25 badan bukan kerajaan menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Dakwah (MTD) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk negeri Sabah yang diadakan hari ini (16 Oktober) di sini. Mesyuarat berkenaan adalah bagi tujuan perancangan dan penyusunan semula aktiviti dakwah di negeri ini untuk tahun 2020 hingga 2025. Antara NGO yang menghantar wakil termasuklah […]
Aset Tabung Haji melebihi liabiliti sekarang

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan keuntungan bersih RM815 juta bagi separuh pertama tahun ini susulan pelaksanaan langkah penjimatan kos, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Katanya, kedudukan keseluruhan TH kekal stabil setakat 30 Jun lalu dengan asetnya berjumlah RM74 bilion berbanding liabiliti RM72.2 bilion – perbezaan sebanyak RM1.8 bilion. […]
Kunjung hormat kepada TYT Sabah

KOTA KINABALU – Delegasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (16 Oktober) telah melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin. Mengetuai kunjungan ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, […]