Panduan tatacara pelaksanaan tulisan jawi sedang disiapkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam proses menyediakan garis panduan berkaitan tatacara pelaksanaan pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, surat siaran akan diedarkan kepada semua sekolah di seluruh negara sebelum bermulanya sesi persekolahan 2020 bagi memastikan pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di sekolah tahun hadapan […]

Pengguna perlu bijak buat pilihan produk halal

BANGI – Pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menepati piawaian dan kualiti ditetapkan badan itu. Bagaimanapun, JAKIM tidak dapat menghalang produk dengan tanda halal yang bukan diiktiraf badan itu masuk ke negara ini. Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pengguna perlu membuat pilihan untuk […]

Mydin platform tawar produk halal usahawan PKS

SUBANG JAYA – Pengendali rangkaian peruncitan produk halal tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) optimis penyertaan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersama Mydin akan meningkat pada masa akan datang. Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, ia berikutan Mydin sentiasa membuka peluang dan komited membantu usahawan PKS untuk mengembangkan perniagaan mereka. […]

Mujahid perjelas konsep Rahmatan Lil Alamin kepada 13 duta, perwakilan EU

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengadakan sesi dialog bersama duta-duta Kesatuan Eropah (EU) bagi memberi penerangan mengenai konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawakan pentadbiran Islam di Malaysia. Keseluruhannya, 13 duta EU diketuai Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez, hadir pada majlis berkenaan yang […]

Agong berkenan kurnia zakat kepada asnaf

KUALA LUMPUr – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli mengurniakan zakat kepada asnaf di Pusat Komuniti Pantai Eco-Park, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, hari ini (20 Oktober). Sumbangan itu bersempena program Kembara Rahmah Zakat Wilayah Persekutuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Bersama Yang di-Pertuan Agong. Ia membabitkan bantuan persekolahan […]

Arab Saudi mungkin benarkan wanita tunai haji tanpa mahram

JEDDAH – Golongan wanita mungkin dibenarkan untuk mengerjakan haji tanpa mahram, menurut laporan Arab News. Ketika ini, wanita di bawah usia 45 tahun yang berhasrat untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu perlu membawa mahram (penjaga lelaki) walaupun peraturan itu dilonggarkan untuk mereka yang berumur lebih 45 tahun. Bagaimanapun, Kementerian Haji dan Umrah sedang melakukan kajian […]

Masyarakat tanpa mengira kaum perlu jaga alam sekitar

PELABUHAN KLANG – Masyarakat Malaysia tanpa mengira agama perlu bersama-sama berganding bahu menjaga dan membersihkan alam sekitar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata, semua agama yang dianuti rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menerapkan prinsip-prinsip menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar. “Islam mengajar supaya menjaga kebersihan […]

Pertemuan YDP YADIM bersama YAB Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri berharap Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dapat berperanan dalam menggerakkan usaha dakwah di setiap lapisan masyarakat terutama di kawasan pedalaman, terhadap golongan anak muda dan belia, mahasiswa serta remaja. Demikian antara hasil pertemuan antara Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik […]

Kewangan Islam semakin penting dalam keadilan sosial

KUALA LUMPUR – Kewangan Islam kini semakin penting dan telah mengalami pengembangan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana ia dilaksanakan berdasarkan prinsip adil, saksama dan beretika yang membawa kepada kesejahteraan sosial. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata prinsip Kewangan Islam adalah berteraskan keadilan sosial dan kemakmuran ekonomi serta menggalakkan […]

Kerajaan kaji sistem rel untuk diguna sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan satu kajian mengenai sistem rel di negara ini serta langkah bagaimana rangkaian pengangkutan itu dapat diguna sepenuhnya. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya akibat pertambahan jumlah kenderaan persendirian seperti yang termaktub dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030. Justeru katanya, […]