Perkasa sinergi MAIM, MAWAR, NUIM

PUTRAJAYA – Sinergi entiti di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bukan sahaja berperanan sebagai pemikir, tetapi berpotensi melonjakkan peranan badan ini dalam bidang dakwah di negara ini. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berharap, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Nadwah Ulama dan Ilmuan […]

Pengisian rohani untuk komuniti penjara Sungai Petani.

SUNGAI PETANI – Seperti yang dihasratkan kerajaan agar usaha dakwah tidak meminggirkan mana mana golongan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 Oktober telah menyantuni komuniti banduan di Penjara Sungai Petani di sini. Seramai 120 orang banduan telah terlibat dalam ‘YADIM Bersamamu’, sebuah program berbentuk pengisian kerohanian yang diadakan di Dewan Sekolah Integriti penjara […]

MED mahu terokai peluang dalam sektor halal, teknologi New Zealand

KUALA LUMPUR — Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) berhasrat menerokai peluang lebih luas untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dalam sektor halal dan teknologi di New Zealand. Dalam lawatan kerja beliau ke New Zealand baru-baru ini, Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyaksikan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan sektor swasta daripada Malaysia dan New […]

Bengkel Strategik Tekno Daie 2019 YADIM – MMU

BANGI – Dalam usaha meningkatkan penyebaran dakwah melalui platform digital seperti media sosial, laman web dan sebagainya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Bengkel Strategik Tekno Daie 2019 dengan kerjasama Universiti Multimedia (MMU), baru-baru ini. Bengkel berkenaan telah disertai oleh pegawai-pegawai YADIM termasuk dari kalangan Pengarah Kanan, Pengarah dan Penolong Pengarah serta kakitangan dari […]

Di mana khilafnya Rahmatan Lil Alamin?

Berita bertajuk “Jakim perlu betulkan konsep Rahmatan lil Alamin” yang dipetik daripada salah satu resolusi Kluster Agama Persidangan Meja Bulat pada 23 dan 24 September 2019 di Hotel Tenera Bangi adalah dirujuk. Merujuk kepada teks asal ucapan berhubung desakan dan tuntutan yang menyatakan bahawa “Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hendaklah memperbetulkan konsep Rahmatan Lil Alamin […]

Jadikan waqaf satu ‘jenama dalam keluarga’

KUALA LUMPUR – Demi menggalakkan sumbangan masyarakat, kerajaan akan menjadikan istilah ‘Waqaf’ satu ‘Jenama dalam Keluarga’ hingga terterap dalam minda setiap institusi keluarga. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Saleh berkata inisiatif hendaklah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak yang masih muda hingga masyarakat akhirnya akan terbiasa dengan platform amal, dengan itu […]

Terap maqasid syariah dalam perundangan Islam

PUTRAJAYA – Hakim mahkamah syariah perlu memastikan setiap pertimbangan kes yang dikendalikan mereka, mengambil kira aspek maqasid syariah supaya penghakiman yang dibuat lebih adil. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata setiap hakim perlu memantapkan ilmu masing-masing dalam aspek maqasid syariah yang dianggap kunci utama yang melindungi, menyubur dan memantapkan prinsip dan nilai […]

Kunjungan Rektor Universiti Fatoni ke YADIM

PUTRAJAYA – Rektor Universiti Fatoni, Thailand, Prof Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya pada 22 Oktober telah mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini. Kedatangan kali pertama beliau ini, disambut sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz sebelum beliau dan Ismail mengadakan pertemuan di pejabatnya. […]

Dekati dan pulihkan, bukan cemuh dan sisih

PUTATAN – Kerajaan harini mengamalkan pendekatan pemulihan untuk membantu golongan yang bermasalah dalam kalangan masyarakat, jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Fuziah Salleh. Menurutnya, menerusi pendekatan tersebut, individu bermasalah, seperti yang terlibat dalam gejala Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LBGT) dan dadah contohnya, didekati dan dipulihkan, bukannya dihukum, cemuh dan disisihkan. […]

Mahasiswa kesempitan boleh mohon bantuan zakat

BANGI – Pelajar universiti yang mengalami kesempitan hidup boleh memohon bantuan zakat bagi mengurangkan beban kewangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Malah, katanya, ketika ini pun sudah ramai mahasiswa yang menerima bantuan itu. “Mahasiswa boleh memohon (bantuan zakat)… tidak ada masalah. Kita akan melihat keperluan mereka,” katanya kepada media […]