Sijil halal: Jakim siasat aduan salah laku

KUANTAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengambil berat dakwaan berlakunya salah laku oleh pegawainya dalam proses pemberian pensijilan halal. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, permintaannya sebelum ini supaya pihak yang membuat dakwaan berkenaan supaya menyertakan bukti tidak bermakna tiada sebarang siasatan dibuat berkenaan perkara itu. “Sesiapa saja boleh datang […]
Malaysia umum buka Kedutaan untuk Palestin

BAKU – Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin bagi membolehkannya memberi bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 25 Oktober. Kedutaan itu akan ditempatkan di Jordan, katanya ketika menyampaikan ucapan kepada para pemimpin dan wakil dari 120 negara anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak NAM […]
Jemaah Menteri lulus dasar Rahmatan Lil ‘Alamin

SHAH ALAM – Kertas pelaksanaan dasar pentadbiran Islam baharu melalui pendekatan Rahmah sudah dipersetujui dan mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, kertas dasar berkenaan mengutamakan pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin yang bersifat universal, inklusif, telus dan menyantuni untuk melahirkan masyarakat dan kehidupan lebih harmoni […]
Aminuddin Baki

Berasal dari Chemor, Perak. Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1926. Zaman persekolahannya bermula dari Sekolah Melayu Chemor dan kemudian diteruskan ke Sekolah Anderson, Ipoh, Perak. Allahyarham melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya Singapura pada tahun 1947. Kecermelangannya dalam pelajaran melayakkan beliau menerima anugerah Queen’s Scholarship dan seterusnya sebagai Queen’s Fellow di Universiti London. Kerjayanya di bidang […]
Langkah beku harta suami culas bayar nafkah perlu disokong

SHAH ALAM – Langkah kerajaan untuk membeku harta milik suami yang ingkar membayar nafkah isteri dan anak selepas bercerai perlu disokong oleh semua pihak. Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Syukri, pembayaran nafkah melalui tindakan undang-undang perlu mendapatkan sokongan semua pihak agar suami peka terhadap tanggungjawab walaupun selepas bercerai. “Perkara ini perlu disokong kerana ia merupakan […]
Perkaderan, Penerbitan, MAWAR cadangan kerjasama YADIM – MUI

PUTRAJAYA – Usahasama melibatkan perkaderan, penerbitan dan Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) adalah antara cadangan kerjasama awal yang boleh diterokai antara Yayasan Dakwah islamiah Malaysia (YADIM) dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) kawasan Agam. Cadangan ini timbul dalam perbincangan antara kedua pihak ini dalam lawatan MUI Agam ke ibu pejabat YADIM di sini pada 25 Oktober. […]
Kerjasama pintar Pusat Islam Universiti – YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan meletakkan operasi Rakan Siswa YADIM (RSY) di kampus kampus bawah naungan Pusat Pusat Islam Universiti seluruh negara bagi memberi nasihat dan bimbingan kepada ahlinya dalam hal ehwal kerohanian dan tarbiyah. Usaha positif dalam menyebarluas dakwah, khususnya mengenai konsep rahmah dan Gagasan Rahmatan Lil Alamin kepada para pelajar […]
Mapim ketuai delegasi ke Kashmir

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan mengetuai Lawatan Delegasi Ahli Parlimen ASEAN ke Kashmir bermula 4 hingga 8 November depan. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Mapim telah diberi mandat oleh Kementerian Luar Negara Pakistan dan Speaker Parlimen Pakistan untuk mengendalikan lawatan tersebut bagi memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen dan aktivis […]
Beku harta suami ingkar arahan mahkamah syariah

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam rundingan bersama Kementerian Kewangan (MOF) bagi melaksana tindakan membeku harta dan mengambil wang dari akaun bank suami yang ingkar keputusan mahkamah syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, keputusan mahkamah syariah tidak terikat dengan akta di bawah Bank Negara Malaysia […]
Sultan Nazrin ingatkan kariah masjid

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini (24 Oktober) mengingatkan ahli jawatankuasa kariah masjid atau penceramah yang diberikan tauliah supaya melepaskan jawatan sekiranya mereka mempunyai agenda dan cita-cita politik sehingga menyalahgunakan masjid. Baginda berkata individu-individu berkenaan hendaklah secara jujur, ikhlas, mulia lagi terhormat mengundur diri daripada bersifat gunting dalam lipatan dan melakukan aktiviti-aktiviti […]