Jawatankuasa khas kaji turunkan kos haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji menurunkan kos urusan haji menerusi penubuhan jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Exco Urusan Haji di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata jawatankuasa berkenaan antara lain akan meneliti aspek-aspek yang menyebabkan kos menunaikan rukun Islam kelima itu tinggi, termasuk caj penginapan […]

KDN teliti latar belakang pendakwah asing sebelum dibenar berceramah

KUALA LUMPUR – Semua pendakwah luar yang datang ke negara ini untuk mengadakan ceramah keagamaan akan diteliti dan diperiksa latar belakang mereka terlebih dahulu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihak kementerian turut melakukan proses semakan dengan badan keagamaan berkaitan yang terdapat dalam negara bagi memastikan kumpulan pendakwah tersebut bebas daripada fahaman songsang. […]

KBS sokong atlet berpakaian patuh syariah

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan atlet negara untuk mengenakan pakaian patuh syariah ketika menyertai apa-apa pertandingan atau kejohanan, namun pada masa sama tiada paksaan untuk mereka berbuat demikian, kata Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau berkata soal pemakaian patuh syariah itu diserahkan kepada pendirian atlet dan persatuan untuk diputuskan dan […]

Ziarah Rahmah Asnaf YADIM Wilayah

KUALA LUMPUR – Menyedari masalah miskin bandar merupakan suatu isu yang perlu ditangani bersama, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Wilayah Persekutuan pada 27 Oktober telah melaksanakan program Ziarah Rahmah Asnaf di Cheras di sini. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Syria Care, Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR), Unit Khidmat Bakti Al Rahmah, Masjid Al Mukhlisin, Cheras […]

Mesyuarat terkini persiapan Multaqa Ulama Asia Tenggara

PUTRAJAYA – Menjelang Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019 yang semakin hampir, jawatankuasa jawatankuasa berkaitan di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) semakin giat melaksanakan tugas masing masing bagi memastikan kelancaran program tersebut. Mereka telah mengadakan mesyuarat terkininya pada 25 Oktober lalu pada jam 10.30 pagi yang dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr Muhammad Razak […]

Malaysia akan buka kedutaan Palestin di Jordan secepat mungkin

BAKU (AZERBAIJAN) -Pembukaan kedutaan Malaysia untuk Palestin di Jordan akan dibuat secepat mungkin, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sehari selepas membuat pengumuman cadangan itu pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 di sini. “Akan dibuat secepat mungkin…sedang cari pejabat,” kata Perdana Menteri pada sidang media bersama wartawan Malaysia sebelum berangkat ke Turkmenistan untuk lawatan […]

YADIM Perak santuni penghuni Hospital Bahagia

ULU KINTA – Usaha menyantuni masyarakat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak disasarkan kepada golongan terpilih sahaja, sebaliknya kepada keseluruhan masyarakat, sesuai dengan konsep rahmah dan Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang menunjukkan Islam itu membawa rahmat kepada semua. Selari dengan konsep ini, bertempat di Hospital Bahagia di sini, YADIM Perak baru baru ini telah […]

Pencerahan undang undang keluarga untuk penduduk Pasir Mas anjuran MAWAR

PASIR MAS – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus mempelbagaikan bentuk sumbangannnya kepada komuniti wanita negeri ini. Terbaharu, mereka mengadakan program Bicara Keluarga Rahmah di Sekolah Kebangsaan Mekasar di sini pada 26 Oktober. Menariknya, menerusi sesi soal jawab, para peserta diberikan pencerahan mengenai pelbagai aspek undang undang syarie, terutamanya […]

Pembaharuan Majalah Dakwah, temui pembaca Januari 2020

PUTRAJAYA – Industri cetak, khususnya melibatkan majalah hari ini berdepan ancaman sangat besar daripada bahan bacaan berbentuk dalam talian. Begitu banyak judul majalah hari ini yang telah dihentikan penerbitannya, atau beralih ke medium digital sepenuhnya bagi mengikuti peredaran masa dan kehendak pembaca. Majalah yang masih setia dengan format cetakan tradisional, mahu tidak mahu mesti mengubah […]

Fatah puji keputusan Malaysia buka kedutaan Palestin di Jordan

KUALA LUMPUR – Pergerakan Fatah memuji keputusan Malaysia untuk membuka sebuah kedutaan untuk Palestin di Jordan sebagai tanda sokongan dan solidariti yang berterusan kepada perjuangan rakyat di negara itu. Setiausaha Agung Fatah, Jibril Rajoub berkata, ia adalah langkah ke arah Malaysia membuka kedutaannya di negara Palestin yang merdeka pada masa akan datang. “Kami juga berharap […]