Mujahid serah peruntukan RM75 juta kepada sekolah pondok, tahfiz
PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini (17 Disember) menyerahkan peruntukan sebanyak RM75 juta kepada sekolah pondok berdaftar dan institusi tahfiz bagi memperkasa serta memperkukuh institusi pendidikan agama terbabit ke arah lebih cemerlang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof berkata peruntukan daripada belanjawan 2019 dengan jumlah RM25 juta kepada tahfiz dan RM50 juta kepada sekolah pondok […]
Sidang Kemuncak Kuala Lumpur bukan pengganti OIC – Dr Mahathir
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang bermula 18 Disember ini, bukan bertujuan membentuk blok baharu atau untuk menggantikan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Perdana Menteri sebaliknya menegaskan sidang kemuncak selama empat hari itu adalah medan perbincangan hal ehwal yang berkaitan dengan orang Islam. Pejabat Perdana Menteri dalam satu […]
Kunjungan Fiqhi Council of Australia
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 Disember telah menerima kunjungan tiga orang wakil dari Fiqhi Council of Australia di ibu pejabatnya di sini. Kunjungan diketuai oleh presiden majlis itu, Sheikh Yahya Safi pada jam 3.30 petang disambut sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz serta kepimpinan […]
600 terima manfaat Jom Ke Sekolah 2020
ARAU – Seramai 600 pelajar di tiga kawasan di Perlis menerima manfaat program Khidmat Bakti Jom Ke Sekolah 2020 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis. Program anjuran bersama dengan Yayasan Taqwa, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah, Pertubuhan Wanita Swadaya Perlis dan Kelab Peduli Masyarakat Perlis itu mensasarkan pelajar sekolah rendah daripada golongan asnaf dari Beseri, […]
Persiapan anjur Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 lancar
KUALA LUMPUR – Persiapan bagi menganjurkan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di ibu negara berjalan lancar dan kini sudah hampir siap. Setiausaha Agung Bersama persidangan antarabangsa berkenaan, Tan Sri Samsudin Osman, berkata setakat ini, beliau berpuas hati dengan kelancaran persediaan sidang kemuncak itu. “Cuma ada beberapa perkara lagi yang perlu kita perkemaskan seperti kekemasan dewan […]