20 terima sumbangan SAR YADIM
PUTRAJAYA – Sebagai usaha membantu meringankan beban golongan sasaran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyantuni 20 pelajar di sini pada 29 November. Program Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) YADIM itu dianjurkan dengan kerjasama syarikat pengurusan acara, Sinergi Ilmu Sendirian Berhad (Sinergi Ilmu), Perbadanan Putrajaya, Putrakop dan syarikat pakaian Canggih. Para pelajar tersebut terdiri daripada […]
Masuk waktu Subuh di KL, Labuan dan Putrajaya lewat 8 minit bermula esok
KUALA LUMPUR – Bermula esok, masuk waktu Subuh bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat sedia ada. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata tambahan lapan minit seperti yang dilaksanakan di Selangor bermula hari ini (29 November) berikutan penukaran nilai kedudukan matahari bagi kiraan waktu Subuh daripada 20 […]
Kenapa solat Subuh di Selangor lewat 8 minit?
SHAH ALAM – Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkaitan solat Subuh lewat 8 minit yang diumumkan semalam. Berikutan antara soal jawab yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor. S1: Kenapa tiba-tiba waktu solat Subuh di Selangor dilewatkan? J1: Ia berdasarkan penemuan daripada kajian oleh Jakim, yang diketuai oleh Universiti Malaya dan dianggotai oleh beberapa […]
PPZ-MAIWP lancar kempen Year End Zakat 2019
KUALA LUMPUR – Umat Islam individu dan syarikat di Wilayah Persekutuan digalakkan mengambil peluang kempen ‘Year End Zakat’ (YEZ 2019) bagi menunaikan zakat harta masing-masing sebelum 31 Dis ini. Kempen anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan membolehkan pembayar zakat mendapat rebat cukai pendapatan tahun 2019 di samping berpeluang menerima pelbagai hadiah […]
Mahkamah Tinggi benar tulisan Jawi diajar di sekolah Cina, Tamil
GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan supaya pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan. Beliau berkata pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 […]