Kerajaan laksana Pelan Tindakan Sosial Islam, bantu bendung gejala sosial dalam negara
KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) merupakan salah satu pelan yang dibangunkan oleh kerajaan bagi menangani gejala sosial yang semakin meruncing dalam kalangan masyarakat terutamanya umat Islam dalam negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Pelaksanaan PTSI dilihat dapat membantu usaha pencegahan dan pemulihan secara lebih bersepadu, […]
Waktu solat subuh Selangor berubah lapan minit esok
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan Selangor dengan tambahan masa lapan minit dari waktu asal semasa. Agensi itu dalam kenyataan berkata perubahan berkenaan perlu dibuat bermula waktu solat subuh esok, iaitu 29 November bersamaan 2 Rabiulakhir 1441H. “Perubahan ini dibuat hasil kajian kecerahan langit […]
TH untung bersih RM500 juta pada suku ketiga
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM500 juta bagi suku ketiga tahun ini, menjadikan keuntungan bagi tempoh sembilan bulan pertama meningkat kepada RM1.3 bilion. Dalam kenyataan hari ini, TH berkata, pencapaian positif yang direkodkan itu dipacu menerusi langkah berterusan penjimatan kos pengurusan dan pentadbiran. TH turut merekodkan pendapatan berjumlah RM900 […]
Lembaga Zakat Kedah wujud kampung mualaf bantu saudara baharu
ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan mewujudkan sebuah perkampungan mualaf khusus untuk ‘saudara baharu’ yang memeluk agama Islam bagi memastikan mereka mempunyai tempat perlindungan untuk membina serta meneruskan kehidupan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata pihaknya dalam proses rundingan bersama pihak pengurusan Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah di Kampung Sungai Mati, […]