RM8 bilion untuk Bumiputera, RM1.3 bilion untuk syiar Islam
KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM8 bilion untuk meningkatkan agenda Bumiputera manakala sebanyak RM1.3 bilion pula untuk menegakkan syiar Islam. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan, peruntukan untuk memperkasa agenda Bumiputera dinaikkan kepada RM8 bilion untuk tahun depan berbanding RM7.6 bilion tahun 2019. Ketika membentangkan Belanjawan 2020, beliau berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi […]
Cuti bersalin 90 hari mulai 2021
KUALA LUMPUR – Berita gembira buat golongan wanita apabila tempoh cuti bersalin dipanjangkan daripada 60 hari ke 90 hari mulai 2021. Cadangan tersebut antara perkara diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Pembentangan Belanjawan 2020 di bawah strategi memodenkan pasaran buruh. Menurutnya, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 meliputi empat perkara termasuk tempoh cuti […]
Kerajaan cadang gaji minimum naik RM1,200 di bandar utama
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menaikkan gaji minimum dari RM1,100 sebulan kepada RM1,200 sebulan berkuatkuasa tahun 2020, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini (11 Oktober), beliau berkata, bagaimanapun kenaikan itu hanya untuk di wilayah bandar utama sahaja. “Kerajaan komited untuk menambah baik kehidupan rakyat, terutamanya bagi […]
Intipati belanjawan 2020
KUALA LUMPUR – Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2020 bertemakan “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Parlimen hari ini. Kerajaan memulakan langkah untuk mengkaji secara menyeluruh dan merombak kerangka insentif sedia ada yang merangkumi Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Pakej Galakan Istimewa dan insentif […]
Bicara Keluarga Rahmah TUDM Butterworth
BUTTERWORTH – Bertempat di Pangkalan Udara Butterworth, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 10 Oktober telah melaksanakan program Bicara Keluarga Rahmah. Program khusus untuk kakitangan pangkalan ini mendapat sambutan menggalakkan apabila kira kira 300 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di pangkalan itu menyertainya. Ketua Cawangan Tadbir Pangkalan, Leftenan Kolonel Roslan Abu Bakar […]
Belanjawan 2020: Harapan pentadbiran Islam
Belanjawan kali ini merupakan tahun kedua dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berasaskan kerangka baru kerajaan. Belanjawan kali ini adalah hasrat untuk melihat perubahan struktural dalam suasana ekonomi dunia yang lembab. Pentadbiran Islam adalah satu sektor utama dalam perbelanjaan kerajaan untuk memastikan pelancaran dan penerangan dasar baru Rahmatan Lil Alamin digerakkan merentas sektor. Selain itu […]
YADIM, PTS tandatangani MoA komik dakwah
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan PTS Publication & Distributors Sdn Bhd hari ini (10 Oktober) menandatangani perjanjian persefahaman (MoA) berhubung penerbitan komik bagi tujuan dakwah. Mewakili YADIM ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, manakala PTS oleh Penasihatnya, Yang Berusaha Profesor Emeritus Abdullah Hassan. Majlis menandatangani perjanjian turut […]