Bengkel Kluster Penyelidikan Pelan Pembangunan Dakwah Negara
BANGI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)terus mengorak langkah dengan mengadakan Bengkel Kluster Penyelidikan bagi membina Pelan Pembangunan Dakwah Negara (PPDN). Bengkel pada 2 Oktober ini merupakan siri ke lima sesi perbincangan sejak diadakan bermula 25 Julai lalu. Seramai 50 orang panel penyelidik daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran telah hadir menyumbangkan idea. Terdapat lapan […]
Kertas dasar Rahmatan Lil Alamin sudah siap
NILAI – Kertas dasar mengenai Rahmatan Lil Alamin sudah siap tetapi belum dibentangkan kepada Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. “Sebelum kertas dasar itu dibentangkan kepada Kabinet, biasanya ia perlu 14 hari untuk kementerian membuat komen. Kita jangka kertas itu akan dibentangkan kepada Kabinet pertengahan bulan ini dan apabila […]
McDonald’s penerima pertama Sijil Pembayar Zakat Korporat PPZ-MAIWP
PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memperkenalkan Sijil Pembayar Zakat Korporat, kepada syarikat-syarikat yang membayar zakat mereka di Wilayah Persekutuan, untuk dipamerkan di premis masing-masing. Pengendali tempatan rangkaian restoran makanan segera McDonald’s iaitu Gerbang Alaf Restaurants menjadi penerima pertama Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP itu. Menteri di Jabatan Perdana […]
Dr Afifi ulama Melayu pertama di Oxford, fatwa jadi rujukan dunia
KUALA LUMPUR – Fatwa bahawa Islam tidak membenarkan mana-mana pihak terutama umatnya melakukan kekejaman dan membunuh orang awam yang diiktiraf dan menjadi rujukan banyak negara, menempatkan Datuk Dr Afifi al-Akiti setanding ulama terkemuka dunia. Bagi felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford itu, penulisannya dihasilkan ketika beliau menuntut di Universiti Oxford dalam bidang Teologi, Falsafah dan […]