Wujud gerakan burukkan reputasi Jakim dalam persijilan halal
PUTRAJAYA – Terdapat gerakan cuba memburukkan reputasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Mujahid berkata, sebagai contoh, kes cop halal pada tin makanan berasaskan khinzir yang berlaku pada 2014 ditularkan semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab walaupun telah dinafikan. “Saya hairan hari […]
Siti Nurhaliza jadi tumpuan pada acara ‘Halal Fun Run’
PUTRAJAYA – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama hampir 3,000 peserta menyertai larian ‘Halal Fun Run’ pada program Karnival Rahmah 2019, di Dataran Putrajaya, di sini hari ini (28 September). Beliau yang menjadi tumpuan pada acara larian sejauh tiga kilometer itu dibekalkan belon bercetak logo halal sebagai manifestasi ‘Yakini Halal Malaysia’ untuk dibawa […]
TV Al Hijrah terima dua pengiktirafan anugerah The BrandLaureate 2019
KUALA LUMPUR – AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) menerima dua pengiktirafan anugerah berprestij dalam dunia penjenamaan perniagaan di Majlis The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2019 di Hotel Majestic di sini semalam (27 September). Dua pengiktirafan terbabit adalah The BrandLaureate World Halal Brand Leadership Awards yang diterima Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) TV AlHijrah, Namanzee Harris […]
Jakim yakin pendakwah bertauliah tak sewenang-wenang kafirkan orang
PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohamad Nordin Ibrahim yakin murabbi atau pendakwah yang dilantik tidak terpesong dari tugas mereka untuk mendidik masyarakat mengenai ajaran Islam yang sebenar. Pihaknya percaya murabbi termasuk para imam, bilal, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) serta pendakwah yang mendapat tauliah yang berjumlah kira-kira 50,000 orang […]
Ummatic Festival 2.0 sediakan pelbagai acara menarik
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui kolaborasi dengan Masjid Al Fateh, Taman Jati, Ipoh akan mengadakan program Ummatic Festival 2.0 bertempat di perkarangan masjid berkenaan pada 4 – 6 Oktober 2019. Program yang bertemakan `Negara Rahmah Ummah Sejahtera’ itu merupakan satu program dwi tahunan yang permulaanya dianjurkan secara bersama Jawatankuasa Kariah Masjid Muhammad […]
Menangi hadiah cabutan bertuah menarik di gerai YADIM
PUTRAJAYA – Orang ramai yang mengunjungi gerai Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Karnival Rahmah 2019, yang kini sedang berlangsung di Presint 3 di sini, berpeluang memenangi hadiah hadiah cabutan bertuah yang menarik. Antara yang ditawarkan termasuklah periuk nasi elektrik, ketuhar, hamper dan pelbagai lagi. Ianya ditawarkan menerusi cabutan bertuah dan kuiz mudah kepada para […]
Festival Ummatic 2.0 himpun selebriti dakwah
IPOH – Festival Ummatic 2.0 (Ummatic 2.0) yang dijadualkan pada 4 hingga 6 Oktober ini di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati di sini bakal menghimpunkan beberapa selebriti dakwah sebagai tarikan untuk orang ramai menghadirinya. Acara berkonsepkan karnival keislaman itu akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf manakala majlis […]