Kunjung hormat kepada Gabenor Narathiwat
NARATHIWAT – Hasrat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menjalin kerjasama di wilayah ini mendapat reaksi positif pihak berkuasanya. Gabenor Narathiwat Tuan Yang Terutama Ekkarat Leesen berkata pihaknya membuka ruang kerjasama terutamanya dalam pembangunan modal insan masyarakat di wilayah berkenaan. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi YADIM di pejabatnya pada 5 September. Mewakili […]
Kembara Rahmah Maal Hijrah YADIM Johor
JOHOR BAHRU – Mengambil semangat tahun baharu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah mengadakan Program Kembara Rahmah Maal Hijrah 1441H pada 5 September. Seperti namanya, ianya berkonsepkan kembara dengan program diadakan di tiga tempat di sekitar bandar raya ini. Program ini mempunyai objektif untuk memberi kefahaman dan penghayatan mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin kepada […]
60% MNC, bukan bumiputera mohon sijil halal Jakim
KUALA LUMPUR – Sebanyak 60 peratus syarikat multinasional (MNC) dan bukan bumiputera telah memohon sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi produk dan perkhidmatan mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. Menurut beliau, namun ramai usahawan bumiputera Islam di negara ini yang masih belum mendapatkan sijil halal Jakim dan […]
Kementerian Luar Malaysia, India tak bincang isu ekstradisi Zakir Naik
PETALING JAYA – Tiada sebarang perbincangan di peringkat Kementerian Luar India dan Malaysia untuk mengekstradisi pendakwah Dr Zakir Naik ke negara itu, kata Dato’ Saifuddin Abdullah. Menteri luar itu berkata, buat masa ini, New Delhi hanya menghantar nota diplomatik untuk memohon Naik diekstradisi ke India dan isu itu tidak menjejaskan hubungan dua hala. Mengenai perbincangan […]
Mufti Selangor nafi gesa boikot Mydin
PETALING JAYA – Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Mohd Tamyes Abd Wahid menafikan dakwaan beliau menggesa orang Islam supaya memboikot syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin). Beliau berkata, perkara itu tidak benar, tetapi enggan mengulas lanjut. “Itu tidak benar,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT. Sebelum ini tersebar di media sosial melalui aplikasi WhatApps […]