Betul boleh masuk masjid?
KULIM – “Betulkah boleh masuk masjid, bukan hanya untuk orang Islam saja? “Bertahun tahun kami duduk di sini, ini pertama kali dapat jemputan seperti ini,” kata seorang penduduk bukan Islam di sini apabila diajak menyertai program Street Dakwah & Mosque Tour anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Sebahagian komuniti bukan Muslim di kawasan ini […]
Program Khidmat Bakti SAR Kuala Langat
SIJANGKANG – Pasukan Sukarelawan Ar Rahmah (SAR) Kuala Langat meneruskan program berbentuk khidmat sosial mereka apabila terbaharu mengadakan dua program sempena Hari Kebangsaan. Program Khidmat Bakti Ziarah Kasih dan Sumbangan ini bertujuan menyantuni golongan kurang bernasib baik di sekitar daerah Kuala Langat. Seawal jam 8 pagi pada 31 Ogos lalu, ahli ahli SAR Kuala Langat, […]
Sultan Kedah sokong konsep Negara Rahmah
ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah baginda menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan konsep Negara Rahmah khususnya melalui pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah berteraskan ajaran Islam sebenar sejajar tema Maal Hijrah, Negara Rahmah Ummah Sejahtera tahun ini. Sultan Sallehuddin bertitah bahawa Negara Rahmah harus meliputi agenda reformasi […]
Produk halal Malaysia dapat permintaan tinggi di India
BENGALURU – Produk halal Malaysia, terutamanya barangan kosmetik dan penjagaan peribadi mendapat permintaan tinggi di India meskipun pertumbuhan jualan yang perlahan pada 2018, kata Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC). Pengurus Bahagian Antarabangsanya, Mohammad Shukur Sugumaran berkata, pengimport India menunjukkan minat tinggi untuk mendapatkan produk tersebut dari Malaysia berikutan kesedaran yang semakin meningkat untuk […]
Program Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga untuk wanita Tumpat
TUMPAT – Sempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan sebuah program khusus untuk kesedaran wanita tentang keganasan. Program bertajuk Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga diadakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Pertubuhan Cakna Rakyat Tumpat Kelantan pada 31 Ogos. Seramai 150 peserta dari masyarakat […]