YADIM turut serta program Jelajah Aspirasi Merdeka Melaka fm 2019
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut berkolaborasi dalam program Jelajah Aspirasi Merdeka Melaka fm 2019 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka yang akan diadakan pada 29 Ogos ini bertempat di Kip Mall Bachang, Melaka. Penyelaras YADIM Melaka, Muzafar Abdul Rahim berkata, orang ramai dijemput hadir memeriahkan program berkenaan yang dipenuhi pelbagai acara menarik […]
Mufti Pulau Pinang pertahan Dr Zakir Naik
GEORGETOWN – Golongan yang memandang serong kepada pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik disaran supaya meluruskan sikap masing-masing dan berhenti menuduh beliau sebagai pelampau, penyebar fitnah dan sebagainya. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata Zakir sebaliknya adalah individu yang amat terbuka dan sanggup berdialog secara ilmiah dan rasional kepada sesiapa […]
Henti provokasi libat tulisan jawi – ABIM
SHAH ALAM – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa sebarang provokasi mengenai pelaksanaan pembelajaran pengenalan tulisan jawi di semua sekolah jenis kebangsaan iaitu SJKC (Cina) dan SJKT (Tamil) dihentikan serta-merta. Penolong Setiausaha Agung, Zairudin Hashim berkata, insiden ini tidak boleh diterima memandangkan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan keputusan mesyuarat jemaah menteri telah membuka pilihan kepada sekolah-sekolah […]
YADIM sertai ‘operasi’ ATM di Sabah
LABUAN – Angkatan Tentera Malaysia ketika ini sedang melaksanakan Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) di beberapa lokasi terpilih di Sabah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan antara agensi agama yang turut sama menyertainya. Prodaksi merupakan operasi tahunan pihak Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), yang pada asalnya disasarkan kepada anggota tentera yang bertugas di perbatasan. […]
‘Jangan serah masa depan negara kepada ekstremis kaum, agama’
IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak menyerahkan masa depan negara kepada ekstremis kaum dan agama. Menurut baginda, setiap kaum perlu menghargai dan menghormati di antara satu sama lain. “Setelah 62 tahun mencapai kemerdekaan, suara perpaduan yang menyatukan warga dan suara kesederhanaan yang merangkum warga, jangan sama […]
Polis tahan suspek bakar masjid di Padang Terap
ALOR SETAR – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran membabitkan mimbar dan permaidani Masjid Padang Setol dekat Padang Terap, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Noh Idris berkata, lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira 3 petang di Kampung Tanjung Pedu di daerah sama. “Semakan awal mendapati suspek memiliki […]
Maaf atas salah faham, kata Zakir
PETALING JAYA – Selepas selesai memberi keterangan kali kedua di Bukit Aman malam tadi (19 Ogos), Dr Zakir Naik meminta maaf atas sebarang salah faham berhubung kenyataannya, sambil menambah ia dipetik di luar konteks. Dalam satu kenyataan, Zakir yang memberi keterangan selama 10 jam di ibu pejabat polis persekutuan, berkata beliau sentiasa menjadi orang yang […]
Jakim mudahkan usahawan luar bandar miliki sijil halal
SHAH ALAM – Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama agensi pembimbing melalui Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia (ISPHM) telah membuahkan hasil apabila ramai usahawan luar bandar berjaya mendapatkan sijil halal mereka. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, kerjasama melalui inisiatif itu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pemilikan sijil halal adalah lebih […]
Maqasid syariah dalam tadbir urus kerajaan
LABUAN – Maqasid Syariah akan diguna pakai dalam semua urus tadbir Kerajaan Persekutuan dalam usaha memandu program pembangunan negara yang akhirnya memberi rahmat dan keadilan kepada seluruh rakyat di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, dasar pentadbiran baru yang mempunyai lima prinsip ini sedang diperjelaskan di seluruh negara […]