Tapak perkuburan Islam baharu seluas 21 hektar di Nilai
SEREMBAN – Tapak perkuburan seluas 21 hektar telah disediakan untuk kegunaan umat Islam di Kampung Sungai Mahang, Batang Benar dekat Nilai di sini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, J. Arul Kumar berkata, tapak perkuburan itu disediakan oleh pemaju Bandar Baru Nilai (BBN) sebagai salah satu syarat dalam memajukan […]
Firma Bumiputera, Daihatsu bangunkan kereta nasional ke-3
CYBERJAYA – Penyedia teknologi inovatif dan penyelesaian, DreamEDGE Sdn Bhd, dipilih sebagai syarikat utama untuk projek kereta nasional baru, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking. DreamEDGE menurut beliau, akan mendapat sokongan daripada Daihatsu Motor Company dalam teknologi terkini. “Projek itu akan dibiayai swasta sepenuhnya tetapi syarikat layak untuk memohon geran daripada kerajaan,” katanya […]
Hayati Pengorbanan Keluarga Ibrahim
Sedar atau tidak kita sudah memasuki bulan Zulhijjah. Setelah kita berjuang di bulan Ramadan dan meraikan kemenangan di bulan Syawal. Sekarang kita berganjak ke bulan yang mendidik erti pengorbanan pula. Bulan yang padanya terdapat suatu ibadah yang sangat disukai oleh Allah. Pada bulan ini terdapat ibadah besar yang dilakukan oleh umat Islam iaitu ibadah Haji […]
Projek Strategik Kreatif Multimedia Digital MMU – YADIM
PUTRAJAYA – Mesyuarat Koordinasi Pengurusan Bersama – Pelaksanaan Projek Strategik Kreatif Multimedia Digital antara MMU dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) berjalan lancar, pagi semalam (8 Ogos). Ia bertujuan memanfaatkan teknologi kreatif multimedia digital di dalam menyampaikan mesej Rahmatan Lil Alamin yang berkesan, menarik, menekankan semangat kasih sayang, toleransi, prihatin, semangat kebersamaan dan harmoni inklusif kepada […]
Tulisan Jawi: YADIM sokong Kementerian Pendidikan
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh usaha kerajaan memperkenalkan seni Khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat mulai tahun hadapan. Langkah itu disifatkan mampu memartabatkan tulisan Jawi dan seni Khat yang digunapakai oleh generasi dahulu, termasuk dalam urusan urusan rasmi kerajaan. Pihak yang merasa resah terhadap langkah Kementerian […]
Perkasakan tulisan Jawi
JANDA BAIK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setiap agensi di bawah beliau perlu memperkasakan tulisan jawi. “Tulisan jawi ini merupakan warisan Melayu dan perlu dipertahankan oleh setiap daripada kita,” kata beliau dalam sesi rumusan Retreat Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 […]
YADIM Kelantan usahakan Transformasi Orang Muda
TOK BALI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus giat melaksanakan pelbagai program dakwah untuk orang ramai apabila terkini menyantuni lebih 100 pelajar sekolah menengah di sini. Dengan menyasarkan para pelajar dari pelbagai latar belakang berisiko, mereka didedahkan dengan konsep Fastabiqul Khairat (mengejar kebaikan) menerusi program Transformasi Orang Muda : Kem Perkasa Aqidah di […]
Ceramah Islamofobia Dr Zakir Naik malam ini
KOTA BHARU – Penceramah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik akan tampil menerusi Program Jelajah Dakwah di Stadium Sultan Muhammad IV, jam 9 malam ini. Pengarah program, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Dr Zakir akan memberikan ceramah bertajuk Islamofobia. “Ulasan yang akan disampaikan pastinya memberi manfaat kepada kepada penduduk dan negara. “Jemputan sama juga diberi […]