Pengajian ilmu bersama YDP YADIM di Kedah
JITRA – Penduduk di bandar ini dan Sungai Petani berpeluang mengikuti tiga siri kelas pengajian bersama Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz pada 25 dan 26 Julai ini. Program pertama beliau ialah pada 25 Julai ini di Masjid Al Fateh, Tanjung Pauh, Jitra selepas solat Maghrib. […]
Seorang jemaah meninggal di tanah suci
MEKAH – Seorang jemaah Malaysia meninggal dunia Jumaat lalu ketika berada di tanah suci Mekah akibat penyakit jangkitan kuman dalam darah. Amil Abdullah, 62, dari Johor Bahru yang ditemani isteri, merupakan jemaah dalam penerbangan KT11 dan telah berada di Madinah selama enam hari, sebelum datang ke Mekah. Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed […]
Panduan pengurusan jenazah untuk penduduk Kampung Sempereh
BATU KURAU – Sebagai memenuhi tanggungjawab menyebarluas dakwah kepada masyarakat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak, pada 21 Julai telah mengadakan kelas panduan pengurusan jenazah kepada komuniti Kampung Sempereh di sini. Program yang pertama kali diadakan di surau ini, bertujuan memberi penerangan kepada masyarakat tentang cara pengurusan jenazah secara sempurna mengikut Islam. Ia telah diadakan […]
Kementerian Kesihatan siasat gula-gula Ghost Smoke
PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan sudah memulakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula Ghost Smoke di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan di bawah kementerian itu sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). “Ia […]
Sambutan Hari Pahlawan September ini
PUTRAJAYA – Penganjuran acara Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 di peringkat Persekutuan akan diadakan pada September depan. Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan itu akan diadakan pada jam 7.10 malam, 18 September di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Istiadat Perbarisan dijadualkan pada jam 8.30 pagi, 19 September di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya; manakala […]
Abdul Gapak sambung ulang tahun 101 di Tanah Suci
MEKAH – Jauh di luar kotak imaginasi Abdul Gapak Mahmud dijemput menjadi duyufurrahman atau tetamu Allah pada usianya menginjak 101 tahun, apatah lagi hari lahirnya disambut Muassasah Asia Tenggara dalam sebuah majlis di Abraj Janadriyah di sini. Abdul Gapak, seorang bekas nelayan dari Kudat, Sabah, menunaikan haji tahun ini bersama isterinya Siti Maimun Hassan, 60, […]