Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin
PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestin bagi melanjutkan pengajian di 12 universiti terkemuka di Malaysia. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, biasiswa berkenaan ditawarkan kepada pelajar terpilih melalui Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM). “Biasiswa itu membolehkan pelajar Palestin melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsasah […]
Yapeim mula laksana proses pemulihan sejak enam bulan lalu
SHAH ALAM – Proses pemulihan dan penjajaran semula Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) mula dilaksanakan sejak enam bulan lalu. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, proses itu bermula sejak LPA yang baharu itu dilantik oleh kerajaan. “Pihak LPA Yapeim telah mengambil pendekatan yang rapi, tersusun, profesionalisme untuk mengurangkan […]
Malaysia perluas pasaran halal di 10 negara menerusi OBOR
SEOUL – Malaysia akan memperluas perkhidmatan halal ke 10 negara menerusi pelaburan AS$1 trilion China — inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan (OBOR), menurut Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC). Naib Presidennya Hanisofian Alias berkata, negara baharu itu termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Mesir, Turkmenistan, Iran, Tajikistan, dan Bosnia dan Herzegovina. “Sepanjang laluan OBOR ini, terdapat kira-kira 10 negara […]
NUIM bantu perjelas kekeliruan masyarakat.
KUALA LUMPUR – Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM) yang dianggotai oleh pakar pakar dalam pelbagai bidang akan antara lain berperanan menangkis fitnah dan menjelaskan kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat. Pengerusi Kluster Media NUIM, Raja Shamri Raja Hussin berkata, bagi mencapai tujuan tersebut entiti itu tidak akan mengambil pendekatan agresif, sebaliknya berusaha menerangkan dan […]
Jakim, Yayasan Restu bekerjasama tambah nilai program Diploma Tahfiz Al-Quran
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalin kerjasama dengan Yayasan Restu bagi mendapatkan kepakaran dalam tulisan khat untuk menambah nilai program pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran di Darul Quran Jakim, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Nordin Ibrahim. Menurutnya, Yayasan Restu melalui Nasyrul Quran yang berpengalaman dalam mencetak dan penerbitan Al-Quran boleh berkongsi kepakaran bersama […]
Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat
KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan kemangkatan Sultan Pahang Ke-5, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi. Beliau melalui kenyataan rasmi dikeluarkan pejabat Menteri Besar Pahang berkata, Sultan Ahmad Shah disahkan mangkat jam 8.50 […]
Berdakwah beri ketenangan
NEW DELHI – Mohd Ali Ismail, atau Ali, bekas vokalis kumpulan XPDC meninggalkan kehidupan muzik rock yang penuh glamour untuk menjalani kehidupan yang boleh membantu beliau memahami erti kewujudan dirinya. Vokalis terkenal itu kini memiliki pandangan hidup berbeza dan sentiasa kagum dengan nilai-nilai yang terdapat dalam ajaran Islam. Ali bercakap kepada Bernama di majlis berbuka […]
Sama-sama kita hayati peristiwa Nuzul al-Quran – PM
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru seluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati peristiwa Nuzul al-Quran. Perdana Menteri menerusi kiriman di laman Twitternya sempena Nuzul al-Quran yang disambut hari ini (22 Mei) turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran. “Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat seluruh umat Islam. Semoga kita sama-sama […]