Tengku Maimun wanita pertama dilantik Ketua Hakim Negara
KUALA LUMPUR – Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini (2 Mei) berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan itu sebagai Ketua Hakim Negara […]
Dr Mohd Asri berniat baik tapi kenyataannya mengelirukan
KUALA LUMPUR – Kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berhubung kedudukan Islam dikatakan terancam bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) adalah berniat murni, namun ia mengelirukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau yakin status Facebook Dr Mohd Asri yang ingin mendapatkan pandangan orang ramai berhubung isu […]
Bank Islam perkenal kemudahan bayar zakat
KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad melancarkan satu kemudahan tambahan baharu iaitu pembayaran Zakat Akaun Simpanan dan Pelaburan bagi membantu pelanggan membayar zakat kepada Agensi Mengurus Zakat (AMZ). Antara AMZ yang menyertai kemudahan ini adalah Pusat Pungutan Zakat – Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah […]
UM universiti tempatan pertama capai 40 universiti terbaik Asia
PETALING JAYA- Universiti Malaya (UM) menjadi universiti tempatan pertama tersenarai dalam kelompok 40 universiti terbaik di Asia dalam penarafan terbaru yang dikeluarkan oleh badan penilai pencapaian universiti seluruh dunia, Times Higher Education (THE). Dalam Penarafan Universiti Dunia 2019, Universiti Malaya berada pada kedudukan 38, daripada 46 tahun lepas, dalam kalangan lebih 400 universiti Asia, walaupun […]
Pinda Akta 355 dengan tingkatkan kadar denda maksimum, tempoh penjara
KUALA LUMPUR – Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) wajar dipinda dengan sekurang-kurangnya kadar denda maksimum dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM20,000 atau RM50,000 dan tempoh pemenjaraan lebih panjang. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata Mahkamah Syariah tidak akan diperkasa jika tanpa pemindaan akta itu. Beliau berkata, kebanyakan pesalah jenayah […]