Hasrat Abu Hassan sambut puasa di kampung tak kesampaian
KUALA LUMPUR – Hasrat pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, 75, untuk menyambut satu Ramadan di kampung halamannya di Kampung Behor Mali di Perlis tidak kesampaian apabila dijemput ilahi pagi tadi. Anak sulungnya Mohammad Yusri Abu Hassan, 45, ketika ditemui MalaysiaGazette di rumah Allahyarham di Kampung Batu Muda di sini berkata berkata, […]
Abdul Hamid Ketua Polis Negara baharu
PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu. Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah menandatangani surat pelantikan Abdul Hamid. “Ya, saya fikir dialah jadi IGP (Ketua Polis Negara) dan saya rasa YDP […]
MAINPP bantu pelajar golongan asnaf
GEORGE TOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) bekerjasama dengan beberapa pihak, bagi membantu pelajar golongan asnaf, mengikuti program belajar sambil bekerja dan seterusnya mendapatkan pekerjaan tetap kepada mereka. Yang Dipertua MAINPP, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata pihaknya bekerjasama dengan Segi Group of Collegess dan QSR Brands […]
Malaysia tidak buka kedutaan di Israel
KUALA LUMPUR – Pendirian Malaysia dalam memperjuang nasib rakyat Palestin adalah konsisten dan pendirian Malaysia terhadap Israel masih tidak berubah iaitu tiada sebarang hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya. Beliau sekali gus menegaskan bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mempertimbang untuk membuka kedutaan besar Malaysia di Israel selagi konflik […]
Ustaz Abu Hassan Din terjatuh sewaktu mahu solat Subuh
KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Menurut anak Allahyarham, Mohamad Yusri Abu Hassan, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu terjatuh semasa mahu memakai seluar untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi. “Lepas jatuh (Allahyarham) terus tidak sedarkan diri. Kemudian kami panggil ambulans dan […]
Ustaz Abu Hassan Din telah tiada
KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Nabil Ahmad. “Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah,” tulisnya Terdahulu, Nabil memaklumkan dalam laman sosial itu, Allahyarham telah dikejarkan […]
Kerajaan mahu pinda Akta 355
KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebagai langkah dan komitmen negara memperkasa Mahkamah Syariah secara komprehensif. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata antara penambahbaikan dilihat adalah dari segi menaikkan kadar hukuman. Katanya, kerajaan akur bidang kuasa mahkamah berkenaan terbatas dengan peruntukan mengikut Akta […]
Apa maksud Islam semakin terancam
KAJANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempersoalkan maksud yang hendak disampaikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap kenyataannya yang mendakwa urus tadbir Islam negara ini ‘semakin terancam’. Menjawab kepada kenyataan dibuat Mufti Perlis itu, beliau berkata kerajaan mengeluarkan bajet yang besar untuk pentadbiran Islam di negara […]