Pemaju diarah selesai isu lampu bentuk salib di kondo P Pinang, kata exco
GEORGE TOWN – Pemaju sebuah kondominium di Jelutong yang mencetuskan kontroversi awal tahun ini berhubung lampu berbentuk salib diarah menyelesaikan isu itu bagi mengelakkan sensitiviti agama, kata seorang exco di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini (30 April). Gambar Grace Residence setinggi 44 tingkat berhampiran Jalan Ahmad Nor, menunjukkan lampu berbentuk salib tersebar Januari lalu. […]
2 disiasat SKMM kerana hina nabi
PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat 2 individu di Selangor serta Sabah atas dakwaan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam menerusi media sosial baru-baru ini. Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Mohd Shafie Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata 2 individu itu ditahan di Kajang dan Semporna menerusi serbuan dengan kerjasama […]
YDP YADIM sampaikan watikah AJK khas
PUTRAJAYA – Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nik Omar bin Nik Ab Aziz pada 29 April telah menyampaikan watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan dan Penerbitan Dakwah kepada seramai 4 orang individu terpilih. Mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang penyelidikan dan penerbitan adalah Yang Berhormat Nor Azrina Binti Surip @Nurin Aina Abdullah, Dato’ Professor […]
Bicara Keluarga Rahmah buat kakitangan Wisma Kastam
KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini telah melaksanakan program Bicara Keluarga Rahmah dengan menyantuni kakitangan Kastam Diraja Malaysia di sini. Seramai 120 orang anggota yang berkhidmat di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah menghadiri program anjuran Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia […]
Lawatan ke Pusat Khidmat Rakyat Parit Buntar dan Titi Serong.
PARIT BUNTAR – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz hari ini meluangkan masa melawat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar dan Titi Serong di sini, sebelum kembali bertugas di Putrajaya. Terdahulu beliau telah menyampaikan kuliah maghrib bertajuk ‘Jejaki Dakwah Rasulullah SAW di Masjid Al-Ridzuan, di sini […]
Food Bank diperluas ke universiti swasta, sekolah agama tahun depan
KUALA NERUS – Program Food Bank Malaysia bakal diperluaskan ke lebih banyak institusi pengajian tinggi termasuk universiti swasta, kolej komuniti dan sekolah agama menjelang tahun depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada institusi berkenaan untuk turut serta dalam program tersebut berikutan kejayaan […]
Saya akan menjaga maruah negara selagi hidup
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan tidak akan menyebabkan negara terjerumus ke dalam situasi buruk, hilang maruah dan tujuan selagi beliau masih hidup. Perdana Menteri berkata, beliau sedar mengenai cabaran yang mendatang dan akan sedaya upaya mengatasinya sebaik mungkin. “Malaysia sebagai sebuah negara, sudah melalui pelbagai rintangan sejak kemerdekaan. Saya berada di […]
Kerjasama Pendidikan YADIM – PPD Maran
PUTRAJAYA – Bekerjasama dalam modul Pendidikan Islam untuk pelajar merupakan antara hasrat yang dilontarkan guru guru Pendidikan Islam Daerah Maran, Pahang, dalam lawatan ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 29 April. Menurut mereka, YADIM dilihat mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut, khususnya melibatkan aktiviti motivasi pelajar. Kerjasama tersebut ujar mereka akan memanfaatkan kedua […]