Istana Negara umum nama rasmi Agong dan Permaisuri
KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan penggunaan nama rasmi Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong adalah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah […]
Mustahil TH boleh jatuh ke tangan bukan Islam
KUALA LUMPUR – Mustahil Tabung Haji (TH) boleh jatuh ke tangan bukan Islam walaupun SPV yang menguruskan aset-asetnya diketuai seorang Cina. Itu pandangan perundangan oleh Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR), Salkukhairi Abd. Shukor. Ini kerana, menurutnya, sesebuah syarikat sendirian berhad itu mempunyai entiti terpisah (separate entity) dengan Ahli Lembaga Pengarah mahupun Ketua pegawai Eksekutif […]
Jangan hanya tumpu ibadah khusus, tapi abai alam sekitar, kata mufti P. Pinang
GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang mengingatkan umat Islam mengenai tanggungjawab agama mereka untuk melindungi alam sekitar. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ada umat Islam di negara ini yang dilihat sudah melupakan konsep ibadah yang meliputi tingkah laku dalam semua aspek kehidupan dan hubungan mereka dengan semua ciptaan. Katanya, beliau bersetuju dengan pencinta alam […]