SY dicadang anjur sesi town hall dengan Menteri
GOMBAK – Ahli ahli Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SY YADIM) dicadangkan untuk menganjurkan sesi town hall bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan penjelasan mengenai Gagasan Rahmatan Lil Alamin. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, dengan cara ini, ahli ahli SY boleh mendapatkan penjelasan daripada Menteri sendiri mengenai pendekatan […]
Kerajaan gubal Undang-Undang Pembaziran Makanan
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mendapatkan input dari negara luar termasuk Perancis dalam menggubal Rang Undang-undang Pembaziran Makanan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata Perancis merupakan antara negara paling ke depan dalam undang-undang seperti itu yang turut mengawal selia program Food Bank. “Rang udang-undang ini […]
Bicara Solehah bersama LKPIM Terengganu
KUALA TERENGGANU – Satu majlis bual bicara mengenai isu isu kewanitaan akan diadakan di Dewan Seri Budi, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) di sini pada 6 April ini (Sabtu). Majlis bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ini merupakan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur bersama LKPIM Negeri Terengganu, Kluster Wanita […]
Bantuan RM100 kepada pelajar IPT dibayar hari ini
PUTRAJAYA – Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang memanfaatkan 1.2 juta pelajar di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan dibayar secara berperingkat bermula hari ini (28 Mac 2019). Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, bantuan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar daripada peruntukan sebanyak RM120 juta itu akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat. […]
Temui YADIM di PBAKL 2019
PUTRAJAYA – Kepada peminat buku buku terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), anda berpeluang mendapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 yang akan berlangsung pada 29 Mac hingga 7 April ini. Temui YADIM di gerai nombor 3149 di Dewan Tun Razak 3 di sepanjang PBAKL 2019 berlangsung nanti. Terdapat 68 buah judul buku […]
Malaysia kutuk serangan berterusan Israel ke atas Gaza
LANGKAWI – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza semalam, beberapa jam selepas roket Palestin mengenai sebuah rumah di Tel Aviv. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menentang tindakan keganasan Israel yang menyerang Gaza. “Serangan balas kalau dia (Israel) buat tentu lebih teruk daripada apa yang terkena kepada Israel. Itulah cara […]