Forum Hal Ehwal Islam di Marang

MARANG – Satu Forum Hal Ehwal Islam bakal diadakan di Masjid Ar Rahmaniah, Wakaf Tapai di sini pada 5 April 2019 (Jumaat), selepas solat Maghrib. Majlis Ilmu yang bertajuk Mengejar Rahmah di Bulan Syaaban itu merupakan hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Terengganu FM, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Wakaf Tapai serta jawatankuasa masjid berkenaan. […]

Pelajar Malaysia baca al-Quran depan ratusan penduduk New Zealand

KUALA LUMPUR – Walaupun insiden tembakan rambang yang mengorbankan 50 nyawa telah berlaku lima hari lalu namun sehingga kini masyarakat dunia masih berdukacita dengan kejadian tersebut. Seorang pengguna laman Facebook yang menggunakan nama Mohd. Shahrizan berkongsi sebuah video yang memaparkan ratusan masyarakat pelbagai kaum hadir untuk memberikan penghormatan terhadap mangsa serangan. “Suasana di Christchurch, New […]

Lebih 75,000 pesara terima bayaran khas RM500 esok

PUTRAJAYA – Seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 akan menerima bayaran khas sebanyak RM500 secara “one-off” atau sekali sahaja, mulai esok, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). JPA dalam kenyataan hari ini berkata bantuan itu dilaksanakan sejajar dengan keputusan Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 Nov 2018. “Keprihatinan kerajaan dalam melaksanakan pembayaran secara one-off sebanyak […]

Elak Dendam Kesumat

Kenyataan Media Yang Dipertua YADIM: Elak Dendam Kesumat PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh usul tergempar Parlimen Malaysia yang mengutuk serangan berdarah mengorbankan 50 nyawa umat Islam di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu. Tragedi yang menimpa umat Islam di dua buah masjid dan mengakibatkan kematian 50 orang umat Islam di New Zealand […]

Rahmatan Lil Alamin dasar baharu pentadbiran Malaysia

Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan (MKI) telah mempersetujui konsep Rahmatan lil Alamin sebagai dasar baharu dalam pentadbiran Islam di negara ini. Perkara ini dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf yang berkata, pada masa ini, langkah seterusnya ia perlu dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan kabinet. “Dalam mesyuarat hal […]

Huffaz berusia 12 tahun curi tumpuan

SEREMBAN – Seorang peserta berusia 12 tahun dari Tanah Merah, Kelantan mencuri tum­puan ramai dalam acara hafazan al-Quran untuk juzuk satu hingga 10 pada Majlis Tila­wah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini. Puteri Auni Khadijah Mohd. Hanif adalah peserta termuda dalam acara tersebut. Menariknya, dia […]