YADIM sampai sumbangan kepada keluarga mangsa Christchruch

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia hari ini (16 Mac)  menyampaikan sumbangan kepada keluarga Mohd Tarmzizi Shuib, 42, salah seorang mangsa kejadian tembakan rambang di Christchurch. Sumbangan berkenaan disampaikan kepada kakak Tarmzizi, Mariani Shuib oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz di kediaman mereka di Hutan Kampung di sini […]

Pengganas bukan mewakili mana-mana agama

KUANTAN: Takrif pengganas yang digunakan kebanyakan media Barat dengan merujuk kepada agama tertentu, perlu didefinisikan semula bagi mengelakkan kekeliruan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh, berkata media Barat selama ini hanya menumpukan berita insiden keganasan dengan merujuk kepada agama Islam semata-mata, dan ia tidak adil kepada umatnya di seluruh dunia. “Walaupun kita […]

Polis pantau elemen asing elak berlaku tragedi Christchurch

KULS LUMPUR – Tindakan pencegahan penting untuk mengelakkan berulang insiden serangan seperti di Christchurch, New Zealand berlaku di negara ini, kata Pengarah Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay Katanya langkah pencegahan itu termasuklah mengawal isu-isu sensitif membabitkan agama, kaum, hak keistimewaan dan institusi diraja di negara ini Ini kerana katanya, […]

Agong kutuk serangan terhadap umat Islam di New Zealand

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah mengutuk insiden kekejaman terhadap umat Islam susulan kes tembak berasingan ketika solat Jumaat di dua masjid, di Christchurch, New Zealand. Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda menzahirkan kesedihan ke atas berita menyedihkan yang turut membabitkan tiga rakyat Malaysia. […]

Umat Islam jangan ambil tindakan terburu-buru

IPOH: Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mengambil tindakan terbur-buru susulan insiden keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand ketika umat Islam mahu menunaikan solat Jumaat tengah hari tadi. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata agama Islam tidak mengajar umatnya untuk bertindak secara melulu meskipun kejadian itu membabitkan umat Islam menjadi mangsa. […]

Mangsa tembakan pengganas mati dalam husnul khatimah

KUALA LUMPUR – Umat Islam yang mati akibat tembakan pengganas dalam serangan di dua buah masjid di New Zealand hari ini meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kesemua mereka yang maut itu meninggal dunia ketika ingin menunaikan solat Jumaat dan mahu menghadap Allah. “Mereka menghadap […]