Perbanyakkan Dialog, Elak Pertelingkahan
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah agar menghentikan perbuatan mempersenda keperibadian Raslullah SAW dan mencemar kesucian Islam. Sebagai sebuah badan dakwah, YADIM berpendapat titah Baginda itu adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian dan dihayati oleh […]
Kurangkan jumlah perokok pada 2025
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15 peratus menjelang 2025 sejajar dengan sasaran menjadikan negara bebas asap rokok. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya telah menggiatkan usaha pemerkasaan dan promosi kesihatan secara menyeluruh bagi membantu golongan perokok menghentikan tabiat tidak sihat itu. Beliau berkata, usaha […]
Baja, racun subsidi diagih sebelum hujung minggu ini
KAMPUNG GAJAH – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan agihan bantuan baja tambahan nitrogen, fosforus dan kalium (NPK) serta racun akan diagihkan kepada 322,000 pesawah seluruh negara sebelum hujung minggu ini. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub, berkata kelewatan yang berlaku sebelum ini adalah kerana kementerian perlu menunggu kelulusan khas daripada Kementerian Kewangan untuk menyambung […]
Hina Nabi : Tiga pemilik facebook ditahan, Alvin Chow masih diburu
KUALA LUMPUR – Sebanyak 929 laporan telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseluruh negara berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, susulan laporan tersebut, sebanyak […]