Subsidi Haji kekal

KUALA LUMPUR -Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi haji lebih RM12,000 bagi setiap jemaah walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos bagi tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mujahid Yusof berkata, pengekalan subsidi tersebut  tidak akan menggangu proses pemulihan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji)  dan proses agihan hibah pada tahun ini yang dijangka […]

Dialog bersama penganut Budha

TUMPAT – Sesuai dengan konsep Islam Rahmat Seluruh Alam (Rahmatan Lil Alamin), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan sebuah program dialog dengan penganut Budha di sini. Ia merupakan program yang pertama seumpamanya diadakan di sini oleh YADIM. Program bersama Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin ini akan diadakan di Wat Machimaran, […]

Memasyarakatkan YADIM

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha lebih mendekatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta agensi agama dengan orang ramai, satu gerakan untuk memasyarakatkan badan dakwah ini akan dilaksanakan. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, ia adalah antara usaha yang dilaksanakan kerajaan bagi menyantuni rakyat mengikut Gagasan Rahmatan Lil Alamin. “Idea ini […]

Jamuan Muhibbah Tahun Baru Cina

SUBANG JAYA –  Persatuan Cina Muslim  Malaysia (MACMA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan program Jamuan Muhibbah Tahun Baru Cina pada 24 Februari ini. Selaku penyelaras badan bukan kerajaan Islam di negara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dijemput untuk turut serta dalam majlis ini. Majlis yang turut dianjurkan bersama oleh Restoran Mohd […]

Universiti Waqaf bakal ditubuhkan menjelang 2023

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal menubuhkan Universiti Waqaf dengan menyediakan pendidikan percuma kepada golongan asnaf menjelang 2023. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, insiatif ini merupakan kesinambungan daripada pusat pendidikan sedia ada di bawah kawal selia Baitulmal. “Univerisiti Waqaf bakal ditubuhkan yang […]

Kerajaan peruntuk RM50 juta untuk sekolah tahfiz berdaftar

PUTRAJAYA – Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dimanfaatkan 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di negara ini bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu, yang diumumkan pada Belanjawan 2019, boleh dibuat bermula Mac ini […]