Dhuha Rahmat & Cakna Komuniti 2019

MARANG – Sesuai dengan hasrat untuk mempelbagaikan jalan dan kaedah dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bakal menganjurkan beberapa acara menarik dalam program YADIM Bersama Masyarakat di sini. Program Dhuha Rahmat & Cakna Komuniti 2019 tersebut bakal berlangsung pada 16 Februari 2019 di Masjid Kampung Padang Limau Nipis di sini bermula jam 8.30 pagi. Timbalan […]

MVM tawar kerjasama pelbagai bidang

PUTRAJAYA – Persatuan Sukarelawan Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM) hari ini menawarkan untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Antaranya, MVM yang berpengalaman luas dalam pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara asing, turut mempelawa YADIM untuk terlibat dengan misi sedemikian pada masa hadapan. Presiden MVM, […]

Tauliah khas kawal lambakan penceramah agama

KUALA LUMPUR – Pertauliahan khas yang dikeluarkan jabatan agama Islam di setiap negeri masih relevan dalam mengekang ‘lambakan’ penceramah bebas dalam menyampaikan ceramah agama di mana-mana platform termasuk media sosial,  kata Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd Wahid. Tegas beliau, individu yang tidak memiliki tauliah khas sebagai penceramah agama adalah dilarang daripada menyampaikan ceramah dan […]

Yadim: Mujahid jawab dakwaan

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menafikan dakwaan lantikan seorang wakil rakyat sebuah parti dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bermotifkan politik. Menurutnya, kesemua lantikan dibuat selepas menilai kebolehan, kemampuan dan amanah. “Lantikan itu bukan sebab politik semata-mata tapi siapa yang layak saya berikan kedudukan. “Mereka ada pengalaman […]

Jemputan imarah program keislaman di Selangor

PUTRAJAYA – Pejabat Menteri Besar Selangor telah menjemput Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk membantu mengimarahkan program penghayatan Islam di negeri berkenaan. Sebagai permulaan, antara yang mahu dilaksanakan ialah menjadikan kediaman rasmi Menteri Besar  (Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Shari) sebagai pusat pengajian agama. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Tuan […]

Bicara Addin di Kuala Nerus

KUALA NERUS – Muslimin dan muslimat khususnya penduduk di sekitar Kampung Alor Damat di sini, dijemput hadir beramai ramai ke Surau Darul Salam bagi mengikuti program Bicara Addin pada 16 Februari ini (Sabtu). Majlis anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur dengan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Alor Damat ini akan diadakan selepas solat Maghrib, […]

Cetakan semula Sirah Nabawiyah

PUTRAJAYA – Sirah Nabawiyah merupakan sebuah naskhah biografi yang menceritakan tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Selain mengisahkan liku – liku perjuangan dakwah Rasulullah SAW, buku ini turut mengetengahkan strategi dakwah yang digunakan oleh Baginda bermula dari peringkat permulaan, tribulasi dan akhirnya, peringkat kejayaan yang membawa kepada kegemilangan Islam. Ia merupakan buku terbitan […]

Dr. Mahathir tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi bertujuan meneliti serta membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memberitahu, majlis yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu terdiri daripada 16 ahli merangkumi beberapa menteri Kabinet, tokoh-tokoh ekonomi serta pemimpin-pemimpin industri. “Majlis ini ditubuhkan […]