Platform pelayaran internet patuh syariah pertama dunia dilancar
KUALA LUMPUR – Salam Web Technologies MY Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan platform pelayaran internet pertama patuh syariah di dunia iaitu SalamWeb. Platform yang diiktiraf oleh Lembaga Penyeliaan Syariah Amanie dan Miyar Ekonomi Digital Islam, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu memperkenalkan pelbagai rangkaian perkhidmatan internet kepada pengguna. Antaranya seperti SalamWeb Browser, Salam News, Salam […]
Garis Panduan Tunai Solat Dalam Waktu Kerja dilancarkan
BATU GAJAH – Kementerian Sumber Manusia telah melancarkan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja khususnya untuk pekerja swasta yang beragama Islam di seluruh negara. Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menerbitkan garis panduan berkenaan setelah perbincangan dan kajian antara kedua-dua pihak dijalankan […]
Sukarelawan Malaysia tiba di Gaziantep bantu pelarian Syria
GAZIANTEP – Tujuh sukarelawan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) dan Global Peace Mission (GPM) selamat tiba di sini yang terletak kira-kira sejam dari Kilis berdekatan sempadan Turki-Syria. Kumpulan sukarelawan yang turut disertai wartawan Bernama itu, dalam misi musim sejuk 3.O MVM-GPM, akan menyalurkan makanan dan selimut tebal untuk lebih 2,700 keluarga pelarian Syria di sempadan […]
Tadbir urus baik, kestabilan kunci kemajuan, kata Mahathir
DAKAR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan tadbir urus yang baik dan kestabilan sebagai kunci utama bagi mana-mana negara untuk mencapai kemajuan. Perdana Menteri Malaysia itu berkata demikian dalam perutusan videonya yang ditayangkan pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Kali Ketiga Mengenai Kemunculan Afrika (ICEA-III) pada Khamis. Dr Mahathir memberitahu hadirin bahawa beliau percaya beliau mempunyai […]