Tiada campur tangan politik

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hari ini menjelaskan bahawa tidak berlaku sebarang campur tangan politik daripada mana-mana menteri kabinet di negara ini terhadap institusi tersebut. Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim berkata, segala keputusan yang dibuat adalah berdasarkan akta yang terkandung dalam Tabung Haji dan menafikan institusi itu […]

Perkasa, Jais akan hadir jamuan Krismas antara agama

PETALING JAYA – Lebih 200 wakil daripada pertubuhan berlainan kaum dan agama dijangka menghadiri majlis makan malam Krismas anjuran sebuah kumpulan beragama Kristian pada minggu ini. Kumpulan memperjuangkan hak orang Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pemuda PAS mengesahkan akan […]

Dakwaan ruang udara diceroboh tidak benar

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya terdapat sebuah helikopter dan dron dari negara jiran yang menceroboh ruang udara negara di Johor adalah tidak benar. Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong berkata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengesahkan perkara tersebut. “Ya, saya nafikan (dakwaan terdapat) helikopter yang menceroboh ruang udara […]

Ijtimak Dewan Cheng Ho

PUTRAJAYA – Dewan Cheng Ho – Majlis Dakwah Negara (MDN) akan mengadakan Ijtimak Dewan Cheng Ho 2018: Perhimpunan Ahli-Ahli Dewan Cheng Ho MDN pada 13 Disember (Khamis) ini. Program ini akan diadakan di Bilik Latihan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini bermula jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Ijtimak Dewan Cheng Ho ini bertujuan […]

Kekurangan guru agama di Sabah, Sarawak kritikal

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak kritikal. Sehubungan itu, Menterinya, Maszlee Malik menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak. “Bekalan guru-guru agama di Sabah dan Sarawak memang benar-benar mendesak, sebab itu saya sudah bertemu […]

MPN baharu diwujudkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mewujudkan semula Majlis Profesor Negara (MPN) dengan struktur dan keahlian baharu serta bebas daripada unsur-unsur politik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, MPN baharu itu akan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan. “Kita memang berhasrat mewujudkan MPN yang betul-betul bebas dan membantu kerajaan bukan menjadi jurucakap berkempen […]

Pihak industri diminta beri peluang kepada pelajar tahfiz

TANAH MERAH – Kementerian Sumber Manusia berharap pihak industri memberi peluang kepada pelajar tahfiz untuk turut terbabit dalam bidang itu. Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar, berkata kerjasama ini penting untuk melahirkan pelajar tahfiz yang bukan saja berkebolehan dalam keagamaan malah berkemahiran. Katanya, kolej kemahiran bertauliah juga boleh menyediakan tempat kepada mereka untuk memenuhi kehendak industri. […]

Bukit Aman tahan 7 suspek pengganas

BANGI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap tujuh suspek, termasuk lima warga tempatan kerana disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, semua suspek berkenaan ditahan oleh Bahagian Menentang Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi antara 19 hingga 28 November lalu di Kelantan, Selangor, Sabah dan Kedah. Dalam […]

Rasuah dalam perkhidmatan awam kini ‘amat rendah’ – Dr Mahathir

PUTRAJAYA –  Kes rasuah membabitkan 1.6 juta penjawat awam sangat rendah sejak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kerajaan awal Mei lalu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, buat masa ini, kes rasuah yang dilaporkan sangat rendah berbanding yang dilaporkan ketika pemerintahan kerajaan terdahulu. “Jika kerajaan dahulu, semua orang bercakap pasal rasuah. […]

Kos menunaikan Haji tahun hadapan kekal

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengumumkan kos menunaikan haji tahun hadapan kekal. Menurutnya, TH memutuskan bahawa kos untuk menunaikan haji kekal ditanggung sama seperti mana sebelumnya iaitu RM9, 980. Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini. Pada masa yang sama beliau memberi jaminan […]